akademidebat.com debat alam sekitar 2006

     

utama | latar belakang berita | keputusan | kedudukan | usul | galeri |

 

LATAR BELAKANG

     
 

 

PROFIL JABATAN ALAM SEKITAR

[ehsan Jabatan Alam Sekitar, Malaysia] 

PENGENALAN 

Pengurusan Alam Sekitar di Malaysia telah menjadi lebih sistematik apabila Akta Kualiti Alam Sekeliling diwartakan pada 14 Mac 1974. rentetan daripada itu sebuah agensi penguatkuasa, Bahagian Alam Sekitar (mula dikenali sebagai Jabatan Alam Sekitar pada tahun 1983) telah ditubuhkan pada tahun 1975. Kni selaras dengan perkembangan ekonomi dan pembangunan negara yang pesat dan keperluan meningkatkan kualiti hidup rakyat, pengurusan alam sekitar telah dimantapkan melalui pendekatan yang lebih proaktif. Selain dari penggubalan undang-undang dan peraturan-peraturan baru, Dasar Alam Sekitar Negara yang menggabungkan tiga elemen pembangunan lestari utama iaitu pembangunan ekonomi, pembangunan sosial dan budaya, dan perlindungan alam sekitar telah digubal pada tahun 2002. 

VISI 

Memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin kesihatan, kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup rakyat masa kini dan masa akan datang. 

MISI 

Menggalakkan, Meningkatkan dan Mengekalkan Pengurusan Alam Sekitar yang Baik dalam proses pembangunan negara. 

FUNGSI 

Mentadbir dan menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Bahagian IV, Akta Zon Ekonomi Eksklusif, 1984. 

STRATEGI 

-                      Kawalan dan Pencegahan Pencemaran

-                      Pembangunan Lestari melalui Pemuliharaan Sumber Semulajadi

-                      Promosi Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar

-                      Kerjasama Antara Agensi dan Persekutuan Negeri

-                      Kerjasama dan Hubungan Dua Hala, Serantau dan Antarabangsa

 

DASAR ALAM SEKITAR NEGARA 

Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia, menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Terdapat lapan (8) prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar, iaitu:- 

-                      Pengawasan Alam Sekitar

-                      Pemuliharaan Ketahanan dan Kepelbagaian Alam

-                      Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar

-                      Pembangunan Lestari Sumber-Sumber Asli

-                      Membuat Keputusan Bersepadu

-                      Peranan Sektor Swasta

-                      Komitmen dan Kebertanggungjawaban

-                      Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa


 

 
         

utama | latar belakang | berita | keputusan | kedudukan | usul | galeri