|
BULETIN
DEBAT IKIM:
ISLAM AGAMA GLOBAL
6 Disember 2006,
Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur -
Sememangnya Debat Kefahaman Islam 2006 ini menyaksikan
pendebat-pendebat Muslim berentap untuk sama-sama memugar
idea tentang mencerna dan menerap kefahaman Islam yang lebih
syumul dalam konteks pembangunan negara.
Adalah amat
diharapkan supaya pendebat-pendebat dapat mengupas usul
dengan baik supaya dapat dijadikan panduan dan teladan dalam
usaha memperkasa kefahaman Islam sekaligus memberi mesej
utuh kepada masyarakat yang dahagakan kefahaman sebenar
tentang Islam.
Satu fakta
menarik yang ingin dikongsi hasil pemantauan AD adalah
penyertaan pendebat bukan Islam dalam Debat Kefahaman Islam
2006 ini. Terdapat 2 orang pendebat bukan Islam
masing-masing daripada pasukan UUM dan KLIUC menyertai debat
kali ini. Adalah amat membanggakan sekiranya agama Islam
yang kita cintai dapat difahami bersama oleh masyarakat
bukan Islam, sekaligus membentuk satu metodologi dakwah yang
amat berkesan.
Justeru, amat
diharapkan supaya pendebat-pendebat Muslim yang lain tidak
lokek dalam mencurah pengetahuan kepada pendebat-pendebat
bukan Islam, dan juga bergaul mesra dengan mereka demi
menunjukkan bahawa Islam adalah agama global, dari tuhan
untuk semua.
|