akademidebat.com liputan rasmi pertandingan

4  - 7 Disember 2006

Institut Kefahaman Islam Malaysia

 

 

Text Box: debat kefahaman Islam 2006
 

   

BULETIN

 

DEBAT IKIM: JOHAN dan NAIB JOHAN kumpulan berentap di pusingan suku akhir hari ini

 

6 Disember 2006, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur - 8 pasukan yang berjaya menjadi johan dan naib johan kumpulan akan berentap dalam pusingan suku akhir yang juga merupakan pusingan kalah mati untuk memastikan tempat masing-masing dalam peringkat separuh akhir.

 

Setelah 3 perlawanan pusingan awal berlangsung pada hari pertama dan kedua, UPM dan UM telah masing-masing menyandang johan dan naib johan kumpulan A, sementara UTP dan UKM masing-masing menempatkan diri sebagai johan dan naib johan kumpulan B.
 

Bagi kumpulan C, UMS ditabalkan sebagai johan diikuti oleh KUIM selaku naib johan, dan kumpulan D pula menyaksikan UIAM sebagai johan mengatasi UTM sebagai naib johan.

 

Pusingan suku akhir dijadulkan berlangsung pada hari ini.

 

 

 

 

   

utama | latar belakang | berita | keputusan | kedudukan | usul | galeri