|
WAN ROHIMI BIN WAN DAUD PENDEBAT
TERBAIK DEBAT PERDANA 2005 ::
11 MAC 2006
Presiden
Alumni Debat UIAM, Wan Rohimi bin Wan Daud telah dinobatkan
sebagai Pendebat Terbaik pada Pertandingan Akhir Debat
Perdana 2005 anjuran Jawatankuasa Bahasa Melayu, Majlis
Peguam Malaysia, hari ini.
Pertandingan debat
anjuran Jawatankuasa Bahasa Melayu, Majlis Peguam Malaysia
itu disertai oleh enam buah pasukan iaitu pasukan Tetuan Wan
Rohimi & Asmadi, Tetuan Yong Alias & Co., Institut Perkim
Goon, UiTM, UUM, dan UIAM.
Pasukan Tetuan Wan
Rohimi & Asmadi yang turut dianggotai oleh Yusfarizal
Yussoff dan Mohamad Khairulnizam Bakeri melayakkan diri ke
peringkat akhir selepas memungut markah tertinggi dengan
menumbangkan pasukan UIAM pada peringkat separuh akhir.
Tajuk pada
peringkat separuh akhir ialah "Perbicaraan Melalui Media
Menjejaskan Perbicaraan Melalui Mahkamah".
Bersahaja: Wan
Rohimi bin Wan Daud mematahkan hujah pihak lawan
Pasukan UIAM
diihat bernasib baik kerana sekalipun tewas di peringkat
separuh akhir, mereka layak ke
peringkat akhir kerana penentuan pasukan ke peringkat akhir
adalah berdasarkan dua pasukan yang memungut markah
tertinggi di peringkat separuh akhir.
Kedua-dua pasukan
menonjolkan bakat berhujah yang bermutu di peringkat akhir
yang membahaskan tajuk "Demi Keadilan, Pengakuan Si
Tertuduh Tidak Wajar Diterima Dalam Perbicaraan".
Pasukan UIAM muncul juara dan membawa pulang wang tunai RM
2000, piala replika, dan hadiah iringan tajaan Insitut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad dan pasukan Tetuan Wan
Rohimi memperoleh wang tunai RM 1000, piala replika, dan
hadiah iringan.
::Gambar sekitar Debat Perdana 2005:: |