alumni debat uiam

persatuan bekas ahli kelab debat bahasa melayu uiam

 

buletin

laman utama | sejarah | struktur organisasi | buletin | galeri | akademidebat.com

       
 

MOHD FAIZI - PARVIN HAMEEDAH BERTUNANG :: 26 DISEMBER 2005


Ahli Alumni Debat UIAM, Mohd Faizi bin Che Abu telah melangsungkan pertunangan dengan pasangan pilihannya, Parvin Hameedah Natchiar.

 

Pasangan ini ditunangkan dalam sebuah majlis ringkas namun penuh harmoni dan warna-warni yang berlangsung di kediaman keluarga Hameedah yang terletak Taman Za'aba, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

 

Majlis yang dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat handai itu bermula jam 2 petang, didahului dengan adat berbalas pantun oleh ibu bapa pasangan tersebut.

 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan al-Quran oleh Hameedah dan upacara sarung cincin.

 

Harmoni: Mohd Faizi dan Hameedah bergambar bersama ibu bapa dan bakal mertua masing-masing.

 

Seluruh ahli keluarga dan tetamu kemudiannya menikmati hidangan makan tengah hari sambil mengambil kesempatan untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Majlis tersebut berakhir pada jam 4.30 petang.

 

 
 

laman utama | sejarah | struktur organisasi | buletin | galeri | akademidebat.com

 

Alumni Debat UIAM (No, Pendaftaran: 1571), 6-3-1, Blok D, Jalan 4/50, Diamond Square, Off Jalan Gombak, 53300 Kuala Lumpur

Tel: 03 4022 1772 | Fax: 03 4023 1772 | e-mail: alumni@akademidebat.com

Penafian: Alumni Debat UIAM tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini