|
ALUMNI DEBAT SUMBANG RM4000
:: 04 MEI 2006
Persatuan
Alumni Debat UIAM (Alumni Debat UIAM) telah membuat
sumbangan sejumlah RM 4000 dalam satu majlis makan malam
amal yang dianjurkan oleh mahasiswa jurusan Senibina
Landskap, Kulliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), malam tadi.
Antara ahli Alumni
Debat UIAM yang menghadiri majlis tersebut ialah Wan Rohimi
bin Wan Daud, Zairul Isham bin Abdul Malik, Mohd Azmi Talib,
Mohd Faizi Che Abu, dan Mohad Azri bin Ibrahim .
Majis makan malam amal yang bertemakan "A Night in a Garden
of Andalusia" itu telah dirasmikan oleh YB Dato' Hajjah
Azizah bt, Mohd Dun, Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan
Tempatan.
BERSAMA MANTAN REKTOR - Ahli Alumni Debat UIAM bergambar
bersama mantan rektor UIAM, Prof. Dr. Mohd Kamal bin Hassan
dan Mantan Timbalan Rektor UIAM, Prof. Dr. Ismawi bin Haji
Zen
Majlis tersebut
diadakan bagi meraih dana untuk SPAIN2006 Educational Trip,
sebuah program lawatan sambil belajar ke Sepanyol yang bakal
disertai oleh 45 orang mahasiswa tahun tiga jurusan Senibina
Landskap universiti tersebut.
Lawatan tersebut
diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan para
peserta mengenai warisan senibina landskap Islam di samping
memahami gaya hidup dan budaya masyarakat zaman silam.
Rektor UIAM, Profesor Dato' Dr. Syed Al-Arabi Iddid Syed
Abdullah Aidid dan mantan Rektor UIAM, Profesor Dr. Kamal Hassan
merupakan antara tetamu kehormat yang hadir semalam.
Presiden Alumni Debat
UIAM, Wan Rohimi bin Wan Daud, berkata Alumni Debat UIAM
sentiasa menyokong program mahasiswa yang berteraskan
intelek dan beliau berbesar hati kerana dapat menjadi
sebahagian daripada penyumbang kepada kejayaan program tersebut.
Majlis juga diserikan dengan persembahan daripada kumpulan
gamelan UIAM, nasyid oleh kumpulan Brotherz, dan deklamasi puisi
oleh mantan Rektor UIAM, Profesor Dr. Kamal Hassan.
::Gambar sekitar Majlis Makan Malam Amal
SPAIN2006:: |