|
Idea
asal penubuhan Alumni Debat UIAM telah dibincangkan secara terperinci sejak
tahun 1997 di kalangan bekas ahli Kelab Debat Bahasa Melayu UIAM.
Setelah mengharungi segala rintangan dan cabaran, Persatuan
Bekas Ahli Kelab Debat Bahasa Melayu UIAM Kuala Lumpur
(ALUMNI Debat UIAM) telah didaftarkan pada 11 November 2002
di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama telah diadakan pada 22
Mac 2003 dan Encik Saiful Adli Bin Arshad telah dipilih
sebagai Presiden Alumni Debat UIAM yang pertama.
Encik Saiful Adli telah meletakkan jawatan pada tahun 2004,
and Encik Mazri Mohamad telah memegang jawatan sebagai
pemangku Presiden.
Pada
13 Februari 2005, Mesyuarat Agung Tahunan yang ketiga telah
diadakan dan Encik Wan Rohimi bin Wan Daud telah diangkat
sebagai Presiden Alumni Debat UIAM yang kedua.
Sehingga hari ini, Alumni Debat UIAM mempunyai 33 ahli yang
berdaftar.
|