akademidebat.com buletin

   

| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam |

 

 

ALBUM SEKITAR LAWATAN AD KE AMSTERDAM, BRUSSELS DAN LONDON - 4/5/2007 - 13/5/2007

 

Rombongan AD bersama Pn. Yasmin merakamkan memori berlatar belakangkan kincir angin (windmill) di sebuah perkampungan tradisional rakyat "dutch". Negara Holland merupakan antara negara yang paling unik di dunia kerana terletak di bawah paras laut, iaitu antara 1.5meter hingga ke 5meter, mengalami tiupan angin yang kuat dan berupaya menggerakkan kincir angin bagi tujuan pertanian dan tenaga. Kesejukan suhu yang berlegar sekitar 12°Celcius, makin bertambah setiap kali hembusan bayu singgah di wajah-wajah kami..

Kepenatan..! Selepas setengah hari bersiar-siar di Taman Bunga Tulip, The Keukenhof..

Kiri:"Blind date".. Wan Rohimi terserempak dengan seorang kawan lama yang sedang menamatkan ijazah kedoktoran di United Kingdom, dan sedang dalam percutian bersama keluarganya, ditengah-tengah kotaraya Amsterdam... Kanan: Tiada yang lebih indah bagi seorang yang pernah menghabiskan usia kampusnya dalam dunia debat, selain dari merakamkan gambar kenangan di depan bangunan International Court of Justice, Den Haag..!

Kiri: Dalam kesibukan jadual yang padat, AD sempat melencongkan jadual lawatan di Amsterdam, dengan mengunjungi kotaraya jiran, Brussel, Belgium.. Terserlah wajah kepenatan menunggu keretapi "Inter-city" untuk kembali ke Amsterdam.. Kanan: Tidak melepaskan peluang untuk melawat bilik salji di Madurodam, Den Haag... suhu dalam bilik salji ini ialah -10°Celcius..

Kiri: Tidak melepaskan peluang bergambar dengan Prince Charles di Madame Tussauds, London.. Kanan: AD bergambar berlatarbelakangkan kampus Universiti Cambridge, United Kingdom dari tingkat atas bas persiaran The City Sightseeing Tour..

 

 

 

Laman utama | Profil | Produk | Makalah | Tinta Emas | Buletin | Galeri | Arkib | Debat Maya | Alumni Debat UIAM | Hakcipta terpelihara © 2006 | Penafian