akademidebat.com buletin

   

| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam |

 

 

SEPARUH AKHIR DEBAT KEMERDEKAAN 2006: UNIVERSITI MALAYA CIPTA HATRIKS

Petaling Jaya, 21-8-2006: Pasukan Debat Universiti Malaya (UM) telah berjaya mencipta hatriks untuk mengisi pentas pertandingan akhir kali ke-3 secara berturu-turut bagi tahun 2006 dengan mengalahkan pasukan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada pertandingan separuh akhir Debat Kemerdekaan 2006. Bertindak sebagai pembangkang untuk menentang usul: DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN PENJANA JATIDIRI BANGSA, UM telah berjaya menumpaskan pasukan KUIM dengan juri 5 - 0. Pasukan UM diwakili oleh Shahrizan Sabrini, Ahmad Bukhary, Mohd Zulfadhli dan Ahmad Fidaus (simpanan), manakili KUIM yang bertindak sebagai Kerajaan adalah diwakili oleh Mohd Ikhwan Jabilin, Mohd Hariri Daud, Latifah Abd Aziz dan Nurul Habibah Idrus (simpanan). Pendebat UM, Mohd Zulfadhli, muncul sebagai Pendebat Terbaik perlawanan tersebut.

Pasukan UM akan berentap dengan pasukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada pertandingan akhir Debat Kemerdekaan 2006 yang dijadualkan pada esok hari, 22-8-2006 di Auditorium Perdanasiswa, Universiti Malaysia, pukul 8.30 pagi.

Kemenangan UM pada separuh akhir kali ini telah melengkapkan kejayaan UM untuk muncul sebagai satu-satunya pasukan debat yang paling konsisten di Malaysia bagi tahun 2006 dengan keupayaannya untuk berentap di pentas pertandingan akhir bagi kali ke-3 berturut. Untuk rekod, bagi tahun 2006, UM telah menjadi Finalis Debat Intergriti Perdana 2006 dan muncul sebagai Johan dengan menewaskan UTM, Finalis Debat Alam Sekitar 2006 tetapi tewas di tangan UIAM dan hanya berpuas hati dengan Naib Johan. Manakala bagi Debat Kemerdekaan ini, pertandingan akhir yang mempertemukan UM dan UTM kelihatan sebagai ulangan Pertandingan Debat Intergriti Perdana 2006, yang telah diadakan ditempat dan universiti yang sama. Apakah UTM akan berupaya membalas dendam terhadap kekalahan lalu, atau UM akan menghantar pulang pasukan UTM dengan siri kekecewaan yang lalu. Percaturan di atas kertas, UM dilihat memiliki kelebihan dengan gandingan mantap Shahrizan dan Zulfadhli, manakala UTM kelihatan yang bertunjangkan Khairul Afsan sahaja sebagai asas kekuatan pasukan.

Jejak Juara: Shahrizan yang sedang tekun mengulangkaji fakta..

Manakala Zulfadhli kelihatan serius menghubungi "si dia".

 

 

Laman utama | Profil | Produk | Makalah | Tinta Emas | Buletin | Galeri | Arkib | Debat Maya | Alumni Debat UIAM | Hakcipta terpelihara © 2006 | Penafian