akademidebat.com buletin

   

| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam |

 

 

DEBAT KEMERDEKAAN 2006: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MUNCUL JOHAN

Petaling Jaya, 22-8-2006: Pasukan Debat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah muncul sebagai Johan Debat Kemerdekaan 2006 dengan menewaskan Universiti Malaya (UM) dengan Juri 5 - 2. Bertindak sebagai Pembangkang kepada usul: SETELAH 49 TAHUN MERDEKA, MINDA KITA MASIH KELAS KETIGA, UTM telah bangkit untuk mencipta kejuaraan sulung bagi tahun ini setelah mengalami prestasi buruk sewaktu Debat Alam Sekitar 2006 yang diadakan pada awal bulan ini. Pertarungan akhir yang amat sengit ini memperlihatkan kedua-dua pasukan berbalas tembakan dengan penuh bergaya. Namun UTM bukan sahaja muncul sebagai Johan, tetapi pendebat berpengalamannya, Khairul Afsan telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik pertandingan akhir tersebut.

UTM yang dibarisi oleh Khairul Afsan Abu Bakar, Mohd Sharifuddin Nazri, Mohd Amran Yusof dan Zulkifli Idris (simpanan) telah membawa pulang Piala Pusingan Arkib Negara Malaysia, wang tunai RM5,000-00 dan hadiah iringan. Manakala UM yang diwakili oleh Shahrizan Sabrini, Ahmad Bukhary, Mohd Zulfadhli dan Ahmad Fidaus (simpanan) yang berpuas hati dengan gelaran Naib Johan dan membawa pulang wang tunai RM 3,000-00 serta lain-lain hadiah iringan.

Pasukan UIAM telah muncul sebagai pemenang tempat ketiga manakala KUIM muncul sebagai pemenang tempat keempat. Perbezaan tempat ketiga dan keempat dibuat berdasarkan juri dan margin pertandingan separuh akhir.

Kemenangan UTM pada kali ini dilihat sebagai "peperangan balas dendam" dan berupaya menebuskan maruah pasukan UTM yang tercalar setelah tewas kepada UM sewaktu Pertandingan akhir Debat Intergriti Perdana 2006, yang telah diadakan ditempat dan universiti yang sama. Akademidebat.com mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SYABAS & TAHNIAH kepada pasukan UTM, dan berharap UM akan terus berjuang untuk memartabatkan mutu perdebatan yang berkualiti dan dihormati.

Khairul Afsan, Pendebat Terbaik Debat Kemerdekaan 2006 bersama Timbalan Menteri dan pasukannya.

Sebahagian penyokong UTM... Puas! Jeritan dan laungan kelegaan mengiringi pelukan sang wira..!

 

 

 

Laman utama | Profil | Produk | Makalah | Tinta Emas | Buletin | Galeri | Arkib | Debat Maya | Alumni Debat UIAM | Hakcipta terpelihara © 2006 | Penafian