|
|||||
|
| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam | |
|||||
|
Debat Alam Sekitar 2006: 5 Pasukan miliki kelebihan
Bahang dan kehangatan pertandingan Debat Alam Sekitar makin terasa. Seperti 15 edisi sebelum ini, edisi ke-16 yang bakal berlangsung di Universiti Sains Malaysia pada 28 Julai hingga 1 Ogos ini bakal mempertemukan 20 buah pasukan begi merebut pengiktirafan bergelar juara pertandingan debat tertua di Malaysia ini. Bagi menambah kerancakan persiapan pertandingan, akademidebat.com memberikan sedikit analisa tentang pasukan-pasukan yang dianggap “favourite” untuk membawa pulang Piala Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk edisi 2006 ini. Berdasarkan faktor prestasi semasa, sejarah dan gelanggang pertandingan, akademidebat.com memberikan analisa lima pasukan pilihan untuk menjuarai Debat Alam Sekitar 2006. Pasukan Universiti Malaya
Segar
daripada kejayaan menjuarai Pertandingan Debat Integriti Perdana
yang baru berakhir, pasukan ini dilihat berpotensi meneruskan
momentum kejayaan yang sedang dinikmati. Berdasarkan pencapaian dan
prestasi semasa pertandingan Debat Inte Tunjang kekuatan utama pasukan ini adalah persefahaman pendebat pertama dan kedua mereka yang mampu untuk mengesahkan kemenangan seawal perdebatan. Jika pendebat ketiga pasukan ini mampu meningkatkan prestasi, keutuhan pasukan ini akan menjadi duri dalam daging setiap lawan dalam pertandingan Debat Alam Sekitar nanti. Tunjang utama pasukan ini tentunya pendebat kedua mereka, saudara Zulpadli. Kepakaran Zulpadli mematikan konsep lawan dan menggunakan hujahan logik beliau dalam gaya dan bahasa yang menarik akan pasti memikat khalayak penonton dan hakim. Jika pendekatan terhadap kes pasukan diperkemaskan serta kehendak dan halatuju usul perdebatan dibawakan dengan baik, impian untuk menjulang Piala Debat Alam Sekitar untuk kali kelima bakal menjadi kenyataan.
Pasukan Universiti Teknologi Malaysia
Dua
faktor yang menjadikan pasukan ini amat berbahaya dan harus
digeruni,pertama kekalahan kepada Universiti Malaya pada
pertandingan Debat Integriti Perdana dan kedua hakikat bahawa UTM
adalah satu-satunya nama besar dalam arena debat Malaysia yang masih
gagal menjulang Piala Debat Alam Sekitar. Kekuatan sedia ada seperti yang ditonjolkan dalam pertandingan Debat Integriti Perdana pasti akan bertambah sekiranya idea dan pemikiran “tunjang utama” mereka, saudara Khairul Afsan mampu dicernakan seawal pendebat pertama lagi. Dalam pertandingan yang sengit dan harus ditentukan melalui pergulungan, faktor Khairul Afsan akan menjadi kelebihan penting untuk pasukan ini menamatkan kemarau kejuaraan Debat Alam Sekitar sejak tahun 1991 lagi. Jika perlawanan akhir Debat Integriti Perdana yang lalu dijadikan ukuran, jelas bahawa taktik untuk mula menguatkan kes pasukan melalui saudara Khairul Afsan merugikan pasukan ini. Seharusnya pengalaman malam perlawanan akhir itu dijadikan iktibar oleh pasukan ini agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Jika saudara Khairul Afsan mampu menyalurkan ideanya kepada rakan-rakan sepasukan, pasukan ini amat liat untuk ditewaskan oleh mana-mana pasukan.
Pasukan Universiti Sains Malaysia
Apapun keputusan pada 1 Ogos nanti, tiada siapa dapat menidakkan
kehebatan pasukan ini sebagai satu-satunya pasukan yang berjaya Faktor tuan rumah dan hakikat bahawa kali terakhir mereka memenanginya di tempat yang sama 9 tahun lalu adalah tonik paling mujarab bagi pasukan ini. Dengan pengalaman yang dimiliki dan asuhan “Pencipta Format Debat Alam Sekitar”, Encik Mohd Nozru Ismail, tidak mustahil Piala Keagungan Jabatan Alam Sekitar Malaysia ini akan kembali mendiami kampus Universiti Sains Malaysia. Kekuatan pasukan ini akan berkisar kepada kemampuan saudara Tramizi mengetuai rakan-rakan sepasukannya. Dengan pengalaman yang telah ditimba sekian lama, keupayaan dan kemampuan saudara Tramizi bakal menjadi senjata penting pasukan ini mengembalikan semula keagungan mereka dalam Pertandingan Debat Alam Sekitar.
Pasukan Universiti Putra Malaysia
Ada
satu faktor yang harus dicemburui oleh pasukan lain yang dimiliki
oleh pasukan ini. Kehadiran pendebat paling berpengalaman dalam
dunia debat era ini, saudara Kamarul Nizam Kamal.
Kemampuan dan pengalaman “tonggak” UPM ini adalah faktor penentu kepada kempen mereka di USM nanti. Selain itu, persefahaman di antara ahli pasukan yang semakin matang juga akan memainkan peranan penting dalam menentukan pencapaian pasukan ini nanti. Diberikan masa dan ketika yang sesuai, pasukan ini mampu mengganas untuk menewaskan siapa sahaja lawan yang akan mereka hadapi. Sesungguhnya pengalaman saudara Kamarul Nizam telah diakui oleh masyarakat debat secara kolektif. Hakikat bahawa saudara Kamarul Nizam sering mengungguli carta pendebat terbaik pusingan awal adalah gambaran jelas betapa pentingnya pendebat ini kepada pasukannya. Jika kesemua faktor di atas mampu dicerna dengan berkesan oleh UPM, tentunya kejuaraan Debat Alam Sekitar 2006 menjadi milik mereka.
Pasukan Universiti Teknologi Mara
Jika
pasukan Debat Integriti Perdana dikekalkan, di atas kertas pasukan
ini adalah pasukan yang paling kuat untuk kejohanan Debat Alam
Sekitar edisi ke-16 ini. Pada saudari Diana, pasukan ini memiliki
antara pendebat wanita paling bijak yang pernah muncul dalam dunia
perdebatan di Malaysia. Keupayaan Diana untuk menyelamatkan kes
pasukan adalah berada pada kelas yang tersendiri dan amat
meyakinkan. Justeru prestasi Diana akan memainkan peranan penting
dalam menentukan kemaraan pasukan ini. Selain Diana, kematangan dan ketajaman pemikiran serta bidasan saudara Muhammad Nizamuddin tambah menguatkan lagi pasukan ini. Gandingan dua pendebat ini dengan sokongan pendebat kedua mereka sudah pasti akan memeritkan laluan setiap pasukan yang menjadi lawan mereka nanti. Jika kesilapan dalam membuat pendekatan dapat dielakkan, Piala Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hampir pasti singgah di Kampus UiTM untuk pertama kalinya. Berbeza dengan pasukan lain yang ditunjangi seorang jaguh, pasukan ini dilihat sebagai pasukan yang hampir lengkap dengan kombinasi Diana dan Nizamuddin. Gaya dan kepetahan Diana membuka kes pasukan dan ketajaman bidasan Nizamuddin adalah senjata paling ampuh yang dimiliki oleh pasukan ini dalam misi mereka menakluk bumi USM bermula 28 Julai nanti. Di atas kertas, pasukan ini adalah ‘pilihan utama’ kejohanan Debat Alam Sekitar 2006.
|
|||||
|
|||||