|
|||||
|
| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam | |
|||||
|
DEBAT ALAM SEKITAR 2007: UIAM MUNCUL JOHAN HATRIK
Pada pertandingan akhir pagi ini, UIAM telah bertindak sebagai Kerajaan untuk mengusulkan satu tajuk: "50 Tahun Merdeka, Alam Sekitar Masih Tercemar" telah menewaskan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Walau pun keputusan Juri tidak diumumkan, namun berdasarkan risikan koresponden AD, UIAM telah memenangi perlawanan tersebut dengan majoriti Juri: 5 - 2. Manakala Anugerah Pendebat Terbaik telah dirangkul oleh pendebat UIAM yang menggelarkan dirinya sebagai "Raja Debat IPT" Malaysia melalui sebuah rancangan TV tempatan yang disiarkan baru-baru ini, iaitu Mohd Daud Mat Din.
Dengan kejayaan muncul sebagai Pendebat Terbaik pada pertandingan ini, Mohd Daud Mat Din yang menggondol wang tunai RM 1,500-00, telah menamatkan sumpahan keatas dirinya yang tidak pernah muncul sebagai Pendebat Terbaik bagi mana-mana pertandingan akhir yang pernah disertainya, walau pun telah banyak kali berjaya membantu pasukan UIAM muncul Johan dalam pertandingan-pertandingan tersebut. Sudah tentu, Mohd Daud Mat Din boleh menarik nafas lega dan dapat meraikan kejayaan berganda ini dengan gilang gemilang serta berjaya mempertahankan gelaran "self-claimed" Raja Debat IPTnya.
UIAM yang muncul Johan pertandingan Debat Alam Sekitar telah menerima wang tunai sebanyak RM 8,000-00, manakala UKM selaku Naib Johan, terpaksa berpuas hati dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 5,000-00 sahaja.
AD mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan UIAM dan kepada pasukan UKM, semoga kejayaan akan menggamit anda di masa mendatang. Apapun, UKM wajar menerima ucapan tahniah di atas kejayaannya menghuni pentas akhir bagi pertandingan akhir pada kali ini.
|
|||||
|
|||||