|
29 November 2006
4:00 Petang
YOCA MENULIS....... ikhlas
buat Akademi Debat.Com
Apa kurangnya debat
sekarang dengan pendebat terdahulu?
Alhamdulillah, pagi tadi
telah berlangsungnya pertandingan akhir Debat Piala
DiRaja di antara UiTM dengan UIAM di kampus UNIMAS.
Sebagaimana kelazimannya, keputusan akan diumumkan
sebaik sahaja selesai pertandingan Akhir Debat DiRaja
kategori Utama yang akan menemukan pasukan Universiti
Teknologi MARA dengan Pasukan Universiti Malaya esok.
Walau apa pun keputusannya, debat kali ini benar-benar
memanggil saya untuk menyumbangkan sesuatu tentang apa
yang telah saya perhatikan disepanjang kejohanan debat
ini berlangsung sehinggalah saya tiba di bumi
semenanjung setelah selesai pertandingan pusingan awal
berlangsung.
Kebanyakan pendebat
kelihatannya cukup mahir menggunakan bahasa badan dan
linguistik yang dapat menarik perhatian kebanyakan hakim
berbanding argument yakni berbalas pendirian sebagaimana
yang resmi dilaksanakan oleh pendebat-pendebat dahulu
kala. Pendebat pada hari ini lebih cenderung melontarkan
fakta-fakta tanpa memahami akan jalan cerita di sebalik
fakta dilontarkan. Ajaibnya, fakta-fakta seperti ini
akan lebih mudah diterima oleh hakim-hakim (terutamanya
hakim-hakim baru) meskipun fakta tersebut tidak
dihuraikan bagi memudahfahamkan hakim dan audience yang
menyaksikan. Namun, saya faham, kualiti perdebatan untuk
ke final, itulah yang lebih perlu diutamakan. Ia samalah
ibarat pelajar yang menghantar assignment dengan hanya
menyatakan footnote di dalam buku rujukan tanpa menelaah
dan mengkaji isikandungan footnote tersebut. Akhirnya,
pertandingan ini akan melihat kepada siapa yang lebih
banyak mengutarakan fakta semata-mata. Saya kira mungkin
MADUM perlu memikirkan sesuatu berkenaan hal ini.
Mungkin akan ada yang
menyatakan apakah saya seolah menuduh pendebat-pendebat
terdahulu tidak mementingkan fakta? Tidak, dan bukan
begitu maksud saya. Penghuraian mendalam di dalam
sesuatu isu akan mencerminkan kematangan pendebat di
samping keupayaan memahami dan menghuraikan (elaborate)
sesuatu menepati argument seseorang pendebat. Kalau
menurut tok guru saya dulu, kalau berdebat dengan
hanya menggunakan teks, lebih baik bertanding dalam
pertandingan membaca berita, kalau berdebat dengan
bercakap berdegar-degar dan menunjukkan kepakaran bahasa
semata tanpa memahami isu yang diutarakan, lebih baik
sertai pertandingan pidato, dan kalau berdebat dengan
hanya melontarkan bergantang-gantang fakta tanpa huraian
maka samalah kalau naik kereta guna touch n go.
Bukannya kesemua di atas itu tidak penting, bahasa, isi,
gaya, teknik pengucapan, dan fakta kesemuanya penting.
Namun apa yang membezakan pendebat sekarang dan dahulu,
pendebat dahulu lebih baik dari segi penghuraian fakta
dan argument berasaskan fakta tertentu. Nasihat saya....
pasukan-pasukan yang ada perlu meneliti semula
rakaman-rakaman pertandingan mereka dan bandingkan
dengan zaman Abang-abang senior mereka seperti,
Budi (UKM), Abang Mazri, Armizan, Wan Rohimi,
Yusfarizal, Zairulhisham (UIAM), Hanif Osman, Shazira,
Azizul (UM) Farizal (UTM), Abang Meor(UiTM),
dan ramai lagi. Selepas itu kita akan dapat melihat,
betapa berbezanya dahulu dan sekarang terutamanya
apabila dipisahkan dari sudut ... pemahaman fakta dan
huraian.
Sekian dan Wassalam.
Y O C A
|