akademidebat.com buletin

   

| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam |

 

 

JOHAN DEBAT PIALA DIRAJA 2006: UNIVERSITI MALAYA PAMERKAN KEHEBATAN

 

                          30-11-2006, Unimas, Kota Samarahan, Sarawak: Universiti Malaya (UM) mempamerkan kehebatan mereka sebagai sebuah kuasa debat yang paling unggul bagi tahun 2006, apabila dengan bergayanya dapat menumpaskan UiTM, dalam pertandingan Debat Piala Diraja 2006 (Kategori Utama). Bertindak selaku Kerajaan dalam membentangkan usul: "ASEAN perlu menjadi Kesatuan Ekonomi", UM ternyata telah memulakan rentak pembukaan kes yang penuh berwibawa untuk memberikan cabaran yang begitu hebat kepada UiTM. Atas kehebatan pembukaan kes itulah, gelaran Pendebat Terbaik telah diberikan kepada Pendebat Pertama dari UM, iaitu Sharizan Sabrini. Untuk rekod, UM diwakili oleh  Shahrizan Sabrini, Muhammad Ali Ashraf dan Zulfadhli.

Manakala UiTM juga tidak kurang gahnya untuk membangkang usul, tetapi ternyata nasib tidak menyebelahi mereka. UiTM terpaksa redha dengan kekalahan ini, iaitu secara berturut-turut di pentas pertandingan akhir. Tahun lepas, UiTM telah tewas kepada Universiti Putra Malaysia sewaktu pertandingan akhir Debat Diraja 2005. UiTM diwakili oleh Farah Sabirin, Mohd Nizamuddin dan Raja Nor Amlah.

 

Laman utama | Profil | Produk | Makalah | Tinta Emas | Buletin | Galeri | Arkib | Debat Maya | Alumni Debat UIAM | Hakcipta terpelihara © 2006 | Penafian