|
|||||
|
| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam | |
|||||
|
SEPARUH AKHIR DEBAT PIALA DIRAJA 2006: UIAM DIHANTAR PULANG OLEH UiTM
UIAM selaku Kerajaan, dengan penuh garangnya memulakan pembentangan usul: "Bantuan Pembangunan Lebih Utama daripada Bantuan Kemanusiaan". Malangnya, UIAM seolah-olah menempah kekalahan sedari awal perdebatan apabila pasukan itu cuba menskopkan perdebatan kepada isu sesuatu tempat ("place setting")iaitu kepada isu Timur Leste. Kiranya premis UIAM berbunyi "Bantuan Pembangunan Lebih Utama daripada Bantuan Kemanusiaan di Timur Lee". Rata-rata penonton pertandingan tersebut tanpa berselindung menunjukkan keresahan dengan taktik "kotor" pendekatan UIAM tersebut. Bahkan UiTM pada satu ketika kelihatan terpinga-pinga dengan pendekatan UIAM tersebut.
Jelas sekali pendekatan "place setting" oleh UIAM tersebut nyata bercanggah dengan peraturan yang dikeluarkan MADUM yang melarang skop sedemikian didebatkan. Ia berbeza dengan peraturan debat Bahasa Inggeris yang membenarkan skop usul dibuat oleh Kerajaan. Tragedi UIAM ini tersangat memalukan apabila pendebat-pendebat yang boleh dikira sebagai pendebat senior dalam dunia debat, bahkan antaranya baru sahaja mendapat Anugerah Pendebat Terbaik MADUM 2006 kelihatan bersungguh-sungguh mempertahankan "place setting" tersebut. Begitu juga halnya dengan penyokong, pegawai dan Jurulatih pasukan UIAM yang kelihatan girang dan gembira bertepuk tangan memberikan sokongan kepada pasukan mereka, tanpa menyedari sokongan mereka tersebut hanyalah membantu pasukan UIAM menggali kubur sendiri. Kesilapan UIAM tersebut adalah sesuatu yang "fatal" yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pasukan yang sentiasa berbangga dengan kejayaan mereka menduduki carta teratas liga Pusingan Awal. Akhirnya UIAM hanya berupaya menjadi "Johan" kepada Debat Piala Diraja 2006 - Pusingan Awal!
Para penonton yang berkecuali nyata gembira dengan keputusan panel hakim yang menolak usul tersebut, dan menyifatkan UIAM sebagai cuba memainkan taktir "kotor" untuk memerangkap lawan, UiTM. Ada juga yang menyifatkan pendekatan itu sebagai "penakut" kerana tidak berani untuk membentangkan usul secara berdepan dengan UiTM.
Akhirnya, disampingkan kekalutan dan kelemahan UIAM, UiTM tidak mengambil masa yang lama untuk menyerang pendekatan UIAM tersebut. Semangat dan daya juang yang tinggi serta kekuatan bujukan UiTM, telah berjaya mempengaruhi Juri untuk menolak Usul yang dibawa oleh UIAM tersebut.
|
|||||
|
|||||