akademidebat.com buletin

   

| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam |

 

 

DEBAT PIALA DIRAJA 2006: UiTM1 TEWASKAN UIAM1 BAGI KATEGORI MUDA

 

30-11-2006, UNIMAS, Kota Samarahan, Sarawak: Pasukan Muda 1 Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berjaya menewaskan UIAM1 dalam pertandingan akhir kategori muda, bagi Debat Diraja kali ini. Bertindak sebagai Pembangkang, UiTM1 dengan bergaya meranapkan usul yang dibentangkan oleh UIAM: " Dasar Berkecuali Sudah Tidak Relevan Lagi". Pendebat UiTM, Sdr Zahrul Azhar telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik pertandingan akhir tersebut.

 

UIAM1 terpaksa berpuas hati dengan muncul sebagai Naib Johan sahaja, dan kekalahan ini melengkapkan episod kekecewaan mereka apabila pasukan utama juga rebah di tangan UiTM pada peringkat Separuh AKhir pada 28-11-2006. Hakikat bahawa UIAM menjadi satu-satunya universiti yang mana kedua-dua pasukan muda layak ke peringkat separuh akhir, gagal memberikan apa-apa lonjakan semangat untuk menggondol kejuaraan.

 

 

Laman utama | Profil | Produk | Makalah | Tinta Emas | Buletin | Galeri | Arkib | Debat Maya | Alumni Debat UIAM | Hakcipta terpelihara © 2006 | Penafian