|
|||||
|
| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam | |
|||||
|
DEBAT PIALA DIRAJA 2006: PASUKAN UTAMA UIAM, UM DAN UTM MASIH PERTARUHKAN MUKA LAMA
Kota Samarahan, Sarawak, 23-11-2006: Jika ada yang berharap akan muncul bakat baru dalam pasukan utama Debat Diraja kali ini, ternyata sekali akan meleset. Muka-muka lama masih lagi menjadi pertaruhan 3 tonggak utama debat bagi tahun 2006. Bagi pasukan yang mengejutkan ramai pemerhati pada Debat Kemerdekaan 2006, iaitu KUIM, kehadiran mereka kali amat dinantikan. Apakan KUIM akan dapat mengekalkan momentum kemunculan mereka yang semakin digeruni, atau kembali kepada zaman gelap mereka.
Namun bagi UM, sandaran
utama akan kembali dipundak 2 teras pasukan, iaitu Shahrizan dan
Zulfadli. Gandingan kedua pendebat ini akan memberikan
UTM tentunya akan bersandarkan kepada taktik "one man show"nya yang sentiasa berupaya bermain pada semua posisi. Pendebat bersuara lantang, Khairul Afsan tentunya akan kembali mengemudi cabaran UTM untuk meletakkan pasukan UTM ke puncak jaya. UTM pasti akan hadir dengan peluang yang lebih cerah sekiranya gandingan pendebat pertama (dengan mengandaikan Khairul Afsan pada posisi kedua dan penggulung) dan ketiga dapat menggilap peranan masing-masing dengan lebih baik lagi. Kejuaraan UTM dalam Debat Kemerdekaan baru-baru tidak akan dapat dipertahankan sekiranya sesuatu tidak dilakukan untuk membaiki prestasi pendebat pertama dan keduanya.
Manakala pasukan UIAM pula telah pasti menyenaraikan Mohd Daud, Shamsul Qamar, Khairil Jefri (dan Ummi Hamidaton sebagai simpanan) sebagai pendebat pasukan utama. Jefri kini lebih dipercayai untuk mengisi lakuna pasukan UIAM. Gandingan ketiga-ketiga ini bukanlah sesuatu yang baru, dan tentunya pasukan lawan telah dapat membaca rentak mereka. Peluang UIAM akan menjadi semakin tipis sekiranya masih bergantung harap kepada suara yang lantang dan bahasa yang puitis, serta lawak-lawak mentah yang sentiasa menjadi kebanggaan pendebatnya. Khairil, walau pun mempunyai keistimewaan sendiri, dijangka tidak akan banyak membantu mengubah rentak pasukan UIAM. Ummi Hamidaton, walau pun pernah dianggap sebagai "senjata rahsia" pasukan UIAM, dijangkakan hanya untuk memanaskan bangku simpanan semata-mata. Mungkin, Hamidaton akan diturunkan dalam pertandingan pusingan awal setelah UIAM dapat mengesahkan laluan mereka ke suku akhir, atau dapat mengekalkan rekod kebanggaan mereka sebagai satu-satuny pasukan yang banyak kali menduduki tangga teratas carta pusingan awal.
Apa pun, AD mengucapkan selamat berjuang kepada semua dan semoga Johan Debat Diraja kali ini benar-benar melambangkan keunggulan mutu dan kualiti debat di Malaysia.
Selamat Berjuang!!
|
|||||
|
|||||