|
|||||
|
| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam | |
|||||
|
SEPARUH AKHIR DEBAT PERPADUAN 2006: KETUA TEKNIKAL HAKIM MADUM UNDANG KONTROVERSI
18/12/2006,
UKM, Bangi: Walau bagaimana pun, selepas UIAM1 tewas dengan Juri 5-0 ke tangan UM2, margin: 6.5 dan Pendebat Terbaik disandang oleh UM2, iaitu saudara Azizi Bin Abu Bakar Teoh, UIAM1 (dan seluruh kontinjen UIAM) telah membuat bantahan kepada pihak penganjur, dan bantahan tersebut seterusnya disalurkan kepada Jawatankausa Teknikal Hakim MADUM untuk diputuskan. Akibat daripada keputusan itu yang memelikkan itu, pertandingan separuh akhir antara UM2 dan UIAM2 tersebut menjadi satu-satu pertandingan yang diragui keabsahannya, kerana pertandingan debat yang digariskan oleh MADUM, hanya membenarkan pertandingan debat dijalankan apabila semua pasukan mempunyai anggota yang lengkap (iaitu 3 pendebat) bagi sesuatu pertandingan. Peraturan debat MADUM, bahkan semua peraturan debat di Malaysia (bagi apa juga format dan pertandingan) memperuntukkan bahawa pasukan yang tidak cukup anggota untuk berdebat, selepas 15 minit sesuatu pertandingan itu sepatutnya dimulakan, hendaklah diisytiharkan kalah oleh Ketua Hakim pertandingan. Tetapi keputusan Ketua Teknikal Hakim MADUM bagi Debat Perpaduan kali ini amat memeranjatkan semua pihak, terutama apabila Ketua Teknikal Hakim MADUM itu sendiri adalah merupakan pegawai UIAM, yang terlibat dalam kontroversi tersebut. Dalam pertandingan separuh akhir tersebut, UIAM1 telah memenangani perlawanan tersebut tetapi Pendebat Terbaik sekali lagi disandang oleh pendebat UM2, iaitu saudara Azizi Bin Abu Bakar Teoh. Suasana kontroversi pertandingan Debat Perpaduan pada kali ini, bukan sahaja melibatkan pasukan UM dan UIAM sahaja, tetapi turut dikongsi oleh semua pendebat universiti-universiti lain, yang rata-rata memberikan sokongan moral yang jitu dan padu kepada pasukan UM. Sokongan jitu kepada UM tersebut, jelas memperlihatkan sikap para pendebat dan dunia debat, yang dilihat sebagai memperlecehkan pendirian UIAM yang memberikan kebenaran kepada pasukan UM2 untuk menukar anggota pasukan sewaktu pertandingan suku akhir, tetapi kemudian membuat bantahan selepas ditumpaskan dengan teruk oleh pasukan UM2. Lebih memeranjatkan semua pendebat, sewaktu pengumuman pasukan yang layak ke pertandingan akhir, pihak Urusetia tidak menayangkan "multimedia" ranking dan keputusan pertandingan separuh akhir, seperti yang sering dilakukan sebelum ini. Tindakan ini dilihat oleh banyak pihak sebagai cubaan untuk "damage control" oleh Ketua Teknikal Hakim MADUM, untuk menutup kontroversi dan kesilapan yang maha besar dalam sejarah perdebatan negara.
DEBAT PERPADUAN
2006: SEPARUH AKHIR ANTARA UM –LWN- UIAM CETUSKAN KONTROVERSI,
MEMALUKAN MADUM!!
|
|||||
|
|||||