akademidebat.com buletin

   

| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam |

 

 

MOHD DAUD UMUMKAN PERSARAAN, KHAIRUL NIZAM BAKERI TEROKAI DENAI KEBANGKITAN...!

 

13/1/2007, Kuala Lumpur: Ayam Tambatan UIAM, Mohd Daud Mat Din telah mengumumkan persaraannya dari dunia debat UIAM. Pengumuman itu dibuat sejurus selepas berakhirnya Debat Perpaduan 2006. Pengumuman persaraan Mohd Daud ini telah disahkan kepada AD oleh seorang EXCO terkanan Kelab Debat Bahasa Melayu UIAM. Mohd Daud khabarnya akan memberikan tumpuan kepada pencapaian akademiknya menjelang tahun akhir pengajiannya sebagai pelajar undang-undang di Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws (AIKOL) UIAM. Pengunduran Mohd Daud, yang merupakan pendebat harapan dalam setiap pertandingan yang disertai UIAM, tentunya akan memberikan kesan yang besar kepada pasukan universiti itu yang sedang mengalami kepupusan pendebat-pendebat pelapis yang berwibawa. Perkembangan ini tentunya akan memberikan tekanan kepada Panel Jurulatih UIAM, kerana selain dari Shamsul Qamar yang terpaksa "bersara wajib" menjelang pertengahan 2007, Mohd Daud telah membayangkan untuk memilih denai yang sama.

 

Namun, berdasarkan sumber lain yang rapat dengan Mohd Daud, walau pun Mohd Daud telah mengesahkan membuat pengumuman persaraan itu, tetapi beliau menyatakan: "...saya tidak keberatan untuk kembali berdebat, sekiranya diminta berbuat demikian oleh Penasihat..". Pengunduran "bersyarat" (qualified withdrawal) yang dibuat oleh Mohd Daud ini mencetuskan persoalan baru tentang pengumuman yang dibuat olehnya itu. AD tidak dapat memastikan buat masa ini, apakah Mohd Daud cuba menarik perhatian pegawai dan jurulatihnya dengan pengumuman tersebut. Yang nyata, pengumuman ini telah mencetuskan satu perkembangan baru di kalangan pendebat-pendebat UIAM.

 

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru dan terkini, Khairul Nizam Bakeri, yang pada satu ketika dulu merupakan "ankor" kepada kekuatan pasukan debat UIAM dan merupakan satu watak pendebat ketiga yang amat digeruni, selepas sekian lama menghilang, kini khabarnya telah mendaftarkan diri sebagai Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam. Khairul Nizam telah ditawarkan ke universiti itu untuk mengikuti pengajian dalam bidang "accounting". Menurut sumber yang boleh dipercayai, Khairul Nizam telah pun berada di UiTM Shah Alam sejak 2 - 3 minggu yang lepas.

 

Khairul Nizam, telah muncul sebagai watak kontroversi dalam Kelab Debat Bahasa Melayu UIAM, kerana telah mendedahkan beberapa kepincangan dalam pengurusan dana kelab, serta misteri kehilangan dana-dana yang disumbangkan oleh banyak penaja, dalam program Debat Inter-School yang dianjurkan oleh UIAM pada April setiap tahun. Sumbangan kepada projek Inter-School UIAM sejak tahun 2003, 2004 dan 2005 telah mengakibatkan kehilangan wang berjumlah "puluhan ribu" ringgit yang tidak diaudit ke dalam Laporan Kewangan Projek debat itu. Berdasarkan salinan Laporan Kewangan program, yang sebahagiannya masih berada dalam simpanan Alumni Debat UIAM, jelas menunjukkan terdapat sejumlah nama penaja program yang mana jumlah sumbangan dan nama penaja tidak direkodkan sebagai "penaja" dalam laporan itu. Jumlah pendapatan yang tidak diistytiharkan ini, telah "hilang secara misteri" ke poket-poket individu tertentu. Ketegasan dan pendirian yang diambil oleh Khairul Nizam Bakeri, dan keengganannya untuk mengambil sikap berdiam diri seperti yang diamalkan rakan rapat dan teman sebiliknya, Mohd Daud dan Mohd Syatir Talib (pada waktu itu adalah Presiden Kelab Debat UIAM). Mohd Daud dan Syatir, walau pun walau pun mempunyai maklumat yang jelas dan bercetak, enggan mengadakan apa-apa siasatan untuk mengesahkan kebenaran pendirian yang diambil oleh saudara rapatnya, Khairul Nizam, kerana takutkan "kuasa dari langit" yang boleh menghancurkan periuk nasi mereka dalam debat. Dengan memilih jalan yang "playsafe" itu, walau pun bertentangan dengan prinsip kepimpinan dan mempertahankan amanah kelab, Syatir telah berjaya menamatkan penggal keduanya sebagai Presiden Kelab Debat UIAM dengan aman, dan hari ini diangkat sebagai Jurulatih debat UIAM yang paling bergaya dan boleh terbang ke mana-mana secara percuma untuk mengikuti pertandingan-pertandingan debat, serta merupakan Hakim pusingan awal yang paling kacak dengan penampilan yang sentiasa mengalahkan hakim-hakim pertandingan akhir (yang tidak pernah gagal untuk tidak memakai sut yang lengkap) dalam mana-mana pertandingan debat yang dianjurkan. Manakala Mohd Daud kekal ke dalam pasukan debat UIAM sehingga kini... Analisa rambang tentang pendapatan Mohd Daud hasil dari wang-wang hadiah yang diperolehinya, telah mencecah belasan ribu ringgit dan mungkin mencecah RM 20,000-00. Oleh itu, pendirian Mohd Daud untuk berdiam diri, malah sesekali mengangkat dirinya sebagai panglima untuk mempertahankan pegawai tertentu, ternyata berbaloi kepada kepentinganya untuk terus kekal dalam pasukan, walau pun Mohd Daud ternyata gagal membina kepimpinan dalam pasukan debat UIAM.

 

Di sebalik keistimewaan yang dinikmati Mohd Daud dan Syatir, Khairul Nizam pernah dipanggil ke satu mesyuarat tergempar yang dihadiri oleh "kuasa dari langit" dalam debat UIAM termasuk Syatir dan Mohd Daud. Dalam perjumpaan itu, Khairul Nizam telah di"torture" dan disiksa mindanya dengan persoalan-persoalan yang membayangkan Khairul Nizam sebagai pembelot dan cuba memecahbelahkan kelab debat UIAM. Malangnya, di sepanjang perjumpaan itu, tiada satu pun persoalan tentang akaun kelab dan sumbangan kepada projek debat Inter-school yang lesap, dibincangkan oleh semua yang hadir. Beberapa hari selepas itu, Khairul Nizam telah dipecat dari pasukan debat UIAM untuk satu pertandingan selepas Debat FOMCA 2005, walau pun pada awalnya Khairul Nizam telah dipilih untuk menganggotai pasukan tersebut. Alasan yang digunakan untuk pemecatan itu ialah, Khairul Nizam terpaksa "direhatkan" kerana pencapaian akademiknya yang meruncing. Jika pun benar alasan akademik yang menjadi perhitungan, kenapa hanya Khairul Nizam yang diselidiki pencapaian akademiknya? Sehingga kini, perang "proksi" di kalangan warga debat UIAM ternyata masih memihak kepada pegawai itu. Sebagaimana dakwaan Tun. Dr. Mahathir bahawa kaum Yahudi memerintah dunia melalui "proksi", begitulah keadaanya kemelut amanah yang melanda kelab debat UIAM yang nampaknya masih jauh dari berakhir. Apa yang pasti, insan-insan seperti Mohd Daud dan Syatir, dan barangkali hampir keseluruhan watak penting dalam debat UIAM, kini berebut-rebut mengangkat diri masing-masing sebagai "Panglima" kepada sekelian proksi-proksi yang lain, dalam sedar ataupun tidur!

 

Terjejas dengan peristiwa-peristiwa perit itu, selain dari kehilangan ramai kawan-kawan, yang sentiasa menjauhkan diri dari Khairul Nizam, kerana tidak mahu dilihat bersekongkol dengan Nizam dan bimbang akan dilanda "tsunami" sebagaimana yang dihadapi Khairul Nizam, Khairul Nizam akhirnya membawa diri sehingga tidak langsung mempedulikan nasib akademiknya di kampus. Akhirnya, setelah gagal hadir dalam peperiksaan akhir untuk beberapa kertas, dan gagal lulus dalam beberapa kertas yang lain, Khairul Nizam gagal meneruskan pengajiannya di UIAM. Maka Khairul Nizam meneruskan "meditasinya" di suatu tempat yang jauh dari kota metropolitan Kuala Lumpur, dengan bertemankan prinsip yang dijunjungnya.

 

Khabar bahawa Khairul Nizam kembali sebagai mahasiswa di UiTM Shah Alam, tentu akan membawa berita baru kepada dunia debat di Malaysia. Bagi kebanyakan peminat Khairul Nizam dalam debat, tentunya kemunculan Khairul Nizam amat dinantikan.. AD berharap Khairul Nizam dapat kembali aktif dalam perdebatan kerana bakat dan kebolehan sudah diiktiraf oleh ramai warga debat di Malaysia. AD berharap Khairul Nizam tidak akan meneruskan "meditasinya" yang sudah mencecah setahun, kerana itu akan merugikan dirinya sendiri. Kehilangan Nizam juga adalah kerugian  kepada warga debat. Kemunculan Zulpadhli (Otel - UM) sebagai pendebat ketiga yang berwibawa di Malaysia, akan lebih sengit jika dipertemukan dengan Khairul Nizam. UiTM tentunya memiliki anugerah emas dengan kemunculan Khairul Nizam. Bayangkanlah jika Kharul Nizam dapat bergabung satu pasukan bersama Diyana...?!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Laman utama | Profil | Produk | Makalah | Tinta Emas | Buletin | Galeri | Arkib | Debat Maya | Alumni Debat UIAM | Hakcipta terpelihara © 2006 | Penafian