akademidebat.com buletin

   

| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam |

 

 

DEBAT PERPADUAN 2006: UIAM MUNCUL JUARA

 

 

 

19/18/2006, UKM, Bangi, Selangor: Pasukan Debat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah dinobatkan sebagai Johan bagi Debat Perpaduan dan Intergriti Nasional 2006 yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia. UIAM telah muncul sebagai Johan setelah menewaskan pasukan tuanrumah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) setelah usul yang dibentangkan oleh pasukan UIAM: "Ke Arah 2020: Pembinaan Bangsa Malaysia Hampir Mencapai Matlamatnya" telah diterima panel Hakim dengan keputusan juri: 5 - 2. Peserta wanita tunggal bagi pertandingan akhir itu, yang juga merupakan pendebat UIAM, saudari Nurul Husna Ahmad telah dinobatkan sebagai Anggota Dewan Terbaik. Pasukan UIAM diwakili oleh Syazwan Shuhaimi, Nurul Husna Ahmad, A. Akhiruddin @ Boy Acho dan Adira Adnan.

 

Dengan kemenangan itu, UIAM berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 5,000-00, piala pusingan dan iringan serta sijil. Manakala UKM yang membariskan Ezly Marzuki, Ramalingam a/l Manickam dan Muhammad Firdaus Abdul Rahim hanya berpuas hati dengan gelaran Naib Johan dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 4,000-00, piala iringan beserta sijil. Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed.

 

Manakala Pendebat Terbaik, Nurul Husna juga turut memenangi wang tunai sebanyak RM 500-00.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Laman utama | Profil | Produk | Makalah | Tinta Emas | Buletin | Galeri | Arkib | Debat Maya | Alumni Debat UIAM | Hakcipta terpelihara © 2006 | Penafian