|
|||||
|
| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam | |
|||||
|
DEBAT PIALA UIAM 2007: AKADEMIDEBAT.COM TAWAR TAJAAN YURAN KEPADA 10 PASUKAN
21/3/2007, Kuala Lumpur: Setelah mendengar, memahami dan menginsafi rintihan, rengetan dan kesedihan para pelajar yang berhajat menyertai pertandingan Debat Antara Sekolah Piala UIAM 2007, tetapi tidak berkemampuan untuk meneruskan hajat dan cita-cita mereka lantaran yuran penyertaan yang tinggi dan membebankan ditetapkan oleh penganjur, serta menginsafi keperluan menyediakan medan ilmu untuk membina anak bangsa yang cintakan kejujuran ilmu dan seni debat, maka AD telah memutuskan untuk menawarkan tajaan yuran penyertaan kepada 10 pasukan debat dari sekolah-sekolah yang layak berdasarkan permohonan dan penilaian oleh AD.
Buat masa ini, AD sudah mempunyai lima individu yang bersedia menaja sebuah pasukan setiap individu, seperti berikut:-
1. En. Wan Rohimi Bin Wan Daud (Pengasas AD) - 1 pasukan = RM 250-00 2. En. Yusfarizal Bin Yusoff (Pengasas AD) - 1 pasukan = RM 250-00 3. En. Zairul Isham Bin Abdul Malik (Pengasas AD) - 1 pasukan = RM 250-00 4. En. Muhd Azmi Bin Talib (Koresponden AD) - 1 pasukan = RM 250-00 5. Tuan Muhd Faizi Bin Che Abu (Koresponden AD) - 1 pasukan = RM 250-00 --------------- TOTAL(RM) 1,250-00 =======
AD masih mencari sesiapa yang berminat untuk menyumbang melalui AD untuk sama-sama membantu adik-adik dan anak bangsa kita bagi menyediakan lebih banyak dana untuk membiayai yuran penyertaan bagi sekolah-sekolah yang tidak mampu. Kadar sumbangan adalah bergantung kepada kemampuan individu dan tidak semestinya yuran penuh bagi satu pasukan. Segala jumlah penajaan akan disiarkan di laman web ini, untuk mewujudkan ketelusan dan mengelakkan "pecah-amanah" dan salah-urus. AD tidak menjalankan apa-apa bentuk perniagaan dalam memartabatkan keunggulan debat, dan berharap penganjur Debat Piala UIAM juga mengambil sikap yang sama. Sesungguhnya antara perkara yang menemani kita ke liang lahad, adalah bersedekah ke jalan Allah! Oleh itu, kepada pendokong dan peminat seni debat yang berminat menyumbang, bolehlah menghubungi webmaster melalui emel, mahupun nombor-nombor telefon yang tertera untuk menguruskan pemindahan wang sumbangan.
Dalam apa keadaan pun, jika tiada sebarang sumbangan dari pihak luar, atau sumbangan yang diberikan tidak mencukupi, AD memberi jaminan akan menaja sehingga 10 pasukan walau terpaksa bergolok-gadai..
Selanjutnya, AD ingin mengambil kesempatan ini untuk membuka permohonan mendapatkan penajaan yuran penyertaan ini kepada semua pasukan yang berminat dengan syarat-syarat berikut:-
1. Tawaran ini terbuka kepada pasukan Debat Kategori Bahasa Melayu sahaja; 2. Permohonan mestilah dihantar melalui emel ke webmaster AD; 3. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31-3-2007; 4. Bersama-sama dengan permohonan tersebut, sila kemukakan laporan ringkas berkenaan dengan pasukan anda, pengalaman berdebat, nama setiap anggota pasukan, biodata ringkas pendebat dan nama guru pengiring (jika ada), dan nyatakan sebab kenapa pasukan anda perlu ditaja oleh AD serta lain-lain maklumat yang difikirkan sesuai; 5. Setiap sekolah hanya layak menghantar satu permohonan sahaja; 6. Pasukan-pasukan yang layak mendapat tajaan akan disiarkan melalui laman web AD dan dimaklumkan melalui emel pemohon; 7. Penajaan ini terbuka kepada semua kategori sekolah;
Firma Allah bermaksud: "Bertolong-tolonglah kamu kepada kebajikan dan taqwa.."
Sekian dimaklumkan!
Webmaster AD
|
|||||
|
|||||