| |
DEBAT PIALA UIAM 2007:
DEBAT MAYA AD DESAK YURAN PENYERTAAN DIKAJI SEMULA
21/3/2007,
Kuala Lumpur: Debat Antara Sekolah Piala UIAM 2007 akan kembali
lagi. Kali ini tarikh yang dipilih penganjur ialah pada 12 -
17 April 2007. Namun tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang tidak
mengenakan yuran penyertaan, atau yuran penyertaan yang berpatutan
sebelum tahun 2004, yuran penyertaan pada kali ini ternyata
meresahkan ramai peminat-peminat debat dari seluruh tanahair.
Rata-rata pendokong debat merasakan yuran sebanyak RM 250-00 bagi
setiap pasukan, tanpa mengambil kira jumlah tajaan penaja platinum
dan tajaan UIAM sendiri, serta melihat kepada hal keadaan kewangan
para pelajar dan sekolah-sekolah yang terlibat, adalah satu bentuk
kecenderungan penganjur untuk memperdagangkan program ilmu yang
diadakan sejak tahun 2002 lagi dengan menekan pelajar-pelajar
sekolah yang cintakan debat.
Dengan isu yang tentunya
panas ini, Debat Maya AD bergema dengan kritikan dan pandangan
pendokong-pendokong debat, untuk mendesak dan meminta pengajur
mengkaji semula kadar yuran tersebut. Berikut adalah sedutan-sedutan
Debat Maya AD:
------------------------------
Oleh Dewataraya:
"Quote:
Pembaharuan bagi Debat Antara Sekolah 2007
1) Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar SATU pasukan untuk
kategori Bahasa Melayu dan SATU pasukan untuk kategori Bahasa
Inggeris. (Maksimum: 80 Pasukan untuk Bahasa Melayu dan 80 Pasukan
untuk Bahasa Inggeris) (Pasukan kedua hanya boleh dipertimbangkan
sekiranya kuota 80 pasukan belum dipenuhi dan atas budi bicara pihak
penganjur serta berdasarkan siapa cepat dia dapat).
2) Bagi setiap pasukan, YURAN PENYERTAAN sebanyak RM250 akan
dikenakan.
3) Yuran bagi Guru Pengiring, Hakim, dan Pemandu (jika ada) sebanyak
RM70/orang.
4) Yuran bagi Pelajar Tambahan / Pemerhati sebanyak RM150/orang.
Apa yang menjadi masalah disini ialah yuran RM 250 Setiap pasukan
yang bertanding bagi saya TIDAK WAJAR dan terlalu tinggi.
Demikian juga dengan guru pengiring dan hakim , Sedangkan pada tahun
2006 tidak ada dikenakan yuran. Saya pasti ada yang akan berbicara
selepas ini , harus diingat objektif pertandingan ini adalah untuk
kesemua sekolah tanpa mengira kategori sekolah , SBP, MRSM , Teknik
, Harian Biasa dan swasta. Mungkin sesetengah sekolah mampu , tetapi
cuba bayangkan Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Meleret , Mahupun
Sekolah Men Kebangsaan Ciku 3 Gua Musang Kelantan yang ingin
menyertainya . Adakah mampu ? persoalan nya bukan semua sekolah yang
ada bujet yang besar untuk mengahantar 2 pasukan dengan bayaran RM
500 dan 4 guru Pengiring RM 280 . Masih banyak lagi yang saya ingin
persoalkan dengan Yuran dikenakan ini. Tetapi saya akan mengulas
dengan lebih lenjut di Tread Sekolah .
Jika dikira secara Matematik :
250 X 80 pasukan = RM 20 000.00 Bahasa Melayu
250 X 80 Pasukan = RM 20 000.00 Bahasa Ingeris
RM 70 X 160 Guru ( andaian 1 pasukan 1 guru ) = RM 11 200.00
JUMLAH BESAR : RM 51 200.00
Secara umumnya pihak penganjur seharusnya mendedahkan jumlah tajaan
yang mereka perolehi dari :
1.TIME Engineering Bhd. Selaku Penaja Platinum.
2. Kementerian Pelajaran Malaysia
3. Serta Pihak penganjuran yang lain
Tulisan ini dibuat atas kesedaran untuk melihat adik-adik yang
berada di pelusuk negara datang berkampung dan besama-sama untuk
mengasah bakat mereka. Bukan sekadar perhimpunan secara suka-suka
tetapi perhimpunan untuk membudayakan ilmu berdebat secara
intelektual."
----------------
Oleh Nurfikri:
"Hui....
Kalau nak kira package satu sekolah..
Pasukan BM & BI= RM500
2 Guru Pengiring + Pemandu (bagi sekolah yang jauh) =RM180
Total= RM680
Renunglah bersama.....Saya tak terkata.."
Oleh Dewataraya:
|
Terima Kasih
nurfikri kerana memahami akan permasalahan
sesetengah sekolah dan memahami isu ini.
Bukan apa abang fikir ia terlalu tinggi
untuk peringkat sekolah dan merujuk kepada
sekolah yang kurang kemampuannya dan tidak
ada bajet khas untuk digunakan aktiviti
sebegini. Itu belum kira yang pihak sekolah
tak nak langsung bagi komitment , pelajar
sendiri pula sanggup keluarkan duit RM 250
semata-mata untuk ke pertandingan ini. Baru
kejap dewataraya terima sms dari pelajar
tersebut untuk meneyelesaikan masalah : GURU
ENGAN MENGIRING KE PERTANDINGAN JEMPUTAN
UIAM , Atas alasan bukan bawah program
jabatan pelajaran negeri , tambah lagi hari
Ahad cikgu kena bersama keluarga jadi tak
payah nak masuk pertandingan. Sedih dan sayu
bila dewataraya dapat berita sedemikian. Sms
punya sms akhirnya kami dapat keputusan .
Insyallah dewataraya jadi cikgu pengiring
sekolah tersebut demi anak bangsa
kita(Memang dah biasa jadi cikgu niee ) dan
perkara ini dimaklumkan kpd ibu bapa
masing-masing kelak . Pelajar tersebut pula
sanggup ambik risiko ponteng hari jumaat
isnin dan selasa, untuk menyertai
pertandingan ini. kalau nak diceritakan
memang panjang tapi rasanya agak sedikit
tersasar dengan isu kita sekarang, cerita
tadi adalah untuk makluman semua yang ada
sekolah nun jauh disana pelajarnya
bersemangat tapi cikgu pula masalah.
Berbalik kepada isu bayaran semenagnya tidak
wajar dan tinggi , baik lah kalau nak
dikenakan yuran sekalipun biarlah
berpada-pada , peringkat University ataupun
intervarsity , yuran dikenakan lagi
munasabah. ITu pertandingan peringkat
university . Saya berikan Fakta kes disini,
dimana satu tournament womens intervatsity
debate yang akan di adakan di MMU dimana
SMKSS satu-satu nya sekolah menghantar wakil
untuk pertandingan intervarsity ini setelah
mendapat kelulusan pihak penganjur dua hari
lepas :
| Quote: |
Multimedia University Women's
Intervarsity Debating Tournament
It is Multimedia University Debate
Society's pleasure to invite you to
participate in this year’s MMU
Women’s IV Debate Tournament, 2007.
It will be the perfect platform for
inter-varsity debating among the
female debaters in the region and
will also allow exposure to
competitions for teams preparing for
the All Asian Debating Championship
happening in May 2007.
Tournament Details are as follows:
Date : 24 - 25 March 2007
Venue : Faculty of Engineering,
Multimedia University, Cyberjaya
Registration Fee :
RM 30 per debater / RM 20 per
adjudicator
There will be 4 preliminary rounds
and 2 knock out stages that are the
Semi-finals and Finals. Registration
would begin on the 24th at 8:30am.
We will do our best in assisting
participating teams to obtain
accommodation for the competition.
For that purpose, we would like to
request all participating teams to
send in their details by the 1st of
March. |
Maklumat yang
di salin balik dari surat tawaran untuk
menyertai .
Bayaran yang dinyatakan cukup munasabah dan
relevan . Untuk pengetahuan semua
pertandingan ini setakat yang dewataraya
tahu tiada pula PENAJA PLATINUM . Anda semua
kena faham perkataan PENAJA PLATINUM .. gah
kan ... jadi penajaannya takan lah 5 ribu
kot .. fikirkan
sedangkan penyertaan tournament itu disertai
oleh semua university awam dan swasta....
Akhir sekali , dewataraya masih lagi dengan
pendirian ,
YURAN DIKENAKAN UNTUK SETIAP PASUKAN YANG
BERTANDING TIDAK WAJAR |
|
|
|
|