akademidebat.com buletin

   

| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam |

 

 

 BERIKUT DISIARKAN SIARAN MEDIA DEBAT IKIM 2007

PERTANDINGAN DEBAT KEFAHAMAN ISLAM ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Pertandingan Debat Kefahaman Islam Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kali ke-5 pada 10 – 13 Disember 2007.

Sejajar dengan peranan IKIM untuk meningkatkan kefahaman Islam, maka golongan pelajar yang menuntut di IPT di negara ini juga harus diberi peluang untuk menzahirkan pendapat, pandangan dan hujah mengenai perkara yang berkait dengan hal ehwal Islam. Sehubungan itu, pertandingan ini akan meninjau dan menghalusi sejauhmana kemampuan mereka dalam mentakrifkan hal yang berkaitan.

Pertandingan ini akan diadakan di Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Penghakiman dilakukan menerusi ciri pengisian ilmiah , kandungan dan buah fikiran , bahasa dan cara penyampaian. Barisan hakim terdiri daripada ahli ilmiah, wakil dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

16 Institusi Pengajian Tinggi yang  akan mengambil bahagian ialah:

(i)                   Universiti Putra Malaysia (UPM)

(ii)                 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

(iii)                Universiti Sains Malaysia (USM)

(iv)               Universiti Utara Malaysia (UUM)

(v)                 Universiti Malaya (UM)

(vi)               Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

(vii)              Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

(viii)            Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

(ix)               Universiti Teknologi MARA (UiTM)

(x)                 Universiti Teknologi Petronas (UTP)

(xi)               Universiti Malaysia Sabah (UMS)

(xii)              Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

(xiii)            Universiti Multimedia (MMU)

(xiv)            Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

(xv)             Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC)

(xvi)            Management & Science University (MSU)

Pusingan I  pertandingan debat ini diadakan pada 10 dan 11 Disember 2007, jam 9.30 pagi. Pusingan II iaitu suku akhir pada 12 Disember 2007.  Manakala pertandingan separuh akhir diadakan pada 13 Disember 2007. Pertandingan akhir akan diadakan pada 8 Januari 2008 bertempat di Dewan Besar IKIM.

IKIM menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada pasukan yang beroleh kemenangan iaitu:

(i)         Johan                           :           RM15,000.00 dan Piala Pusingan IKIM

(ii)         Naib Johan                   :           RM10,000.00

(iii)        Ketiga                           :           RM5,000.00

(iv)        Keempat                       :           RM3,000.00

(v)        Pendebat Terbaik           :          RM1000.00

Sebagai usaha publisiti, pihak IKIM memohon kerjasama dan pertimbangan tuan/puan untuk membenarkan wartawan dan jurufoto membuat liputan pertandingan tersebut. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Puan Sapuah bt. Hj Nawawi, Pegawai Perhubungan Awam  di talian 03-6204 6329/ 012 309 4427 atau Puan Suzanahwati bt Sanil, Penolong Pegawai Perhubungan Awam di talian 03-62046326.

 

 

 
       

Laman utama | Profil | Produk | Makalah | Tinta Emas | Buletin | Galeri | Arkib | Debat Maya | Alumni Debat UIAM | Hakcipta terpelihara © 2006 | Penafian