| |
PERTANDINGAN AKHIR
DEBAT ALAM SEKITAR 2006
UIAM
PERTAHANKAN KEJUARAAN
Ge lugor,
Pulau
Pinang 1.8.2006 - Pertandingan Debat Alam Sekitar 2006
menyaksikan pasukan debat UIAM telah berjaya
mempertahankan kejuaraan pertandingan debat itu yang disandangnya
pada tahun 2005. Kejayaan ini telah menjadikan UIAM sebagai
pasukan kedua selepas USM, yang berjaya memenangi pertandingan debat
alam sekitar secara berturut-turut, dan membolehkan UIAM
mencipta rekod sebagai pasukan yang paling banyak menjuarai
Debat Alam Sekitar selama 5 kali iaitu untuk tahun 1992, 2000, 2003,
2005 dan 2006. Kejayaan tersebut juga membolehkan UIAM menggondol
hadiah wang tunai RM 8,000-00, Piala Pusing Menteri Sumber Asli dan
Alam Sekitar, serta lain-lain hadiah iringan. Untuk rekod, USM telah
berjaya muncul Johan Debat Alam Sekitar secara berturut-turut selama
3 tahun dari 1995, 1996 dan 1997.
Pasukan UIAM yang dibarisi oleh Mohd Daud Mat Din, Mohd
Raihan Mohd Khalip, Jefri Khairil Bin Zabri dan Umi Hamidatun Bt
Sofian Lee (simpanan) telah berjaya menewaskan pencabar terdekatnya,
UM. Pasukan UM diwakili oleh Shahrizan Sabrini,
Ali
Ashraf Mohamed,
Mohd Zulfadli
Khairuddin dan Nining Haji Ali (simpanan). Sebagai Naib Johan,
pasukan UM terpaksa berpuas hati dengan hadiah wnag tunai RM
5,000-00 dan lain-lain hadiah iringan.
Pendebat ketiga UM, Mohd Zulfadli
Khairuddin telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Pertandingan
Akhir Debat Alam
Sekitar 2006 dan sekaligus merangkul Piala Ketua Pengarah Jabatan
Alam Sekitar Malaysia. Manakala Mohd Daud Mat Din, pendebat pertama
UIAM, telah muncul sebagai Pendebat Terbaik Liga.

Asyik:
Penyokong-penyokong UIAM sedang mengikuti pertarungan debat
Gambar sebelah:
Mohd Zulfadli
Khairuddin, Pendebat Terbaik DAS 2006
Gambar atas kanan: Mohd Daud Mat
Din, Pendebat Terbaik Liga
|
|