|
|||||
|
| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam | |
|||||
|
SMK SERI SERDANG ANJUR BENGKEL DEBAT BERSAMA AKADEMIDEBAT.COM
Dewataraya dan Pendebat Pertama adalah antara tulang belakang kepada latihan dan kejurulatihan pendebat-pendebat SMK Seri Serdang. Walau mungkin nama sekolah ini tidak segah nama-nama seperti TKC, MCKK dan Saina, tetapi pengasas-pengasas AD melihat ramai pendebat SMK Seri Serdang telah mempunyai kerangka pemikir sebagai pendebat, yang setanding dengan pendebat-pendebat lain yang ternama. Dari latihan dan sesi "sumbang-saran" (brainstorming) yang dijalankan, keupayaan pelajar-pelajar ini dalam menguasai maklumat semasa tidak jauh bezanya dari kalangan pendebat universiti masakini. Tinggal lagi mereka harus digilap dan dilatihtubi dengan bersungguh-sungguh untuk sama-sama menerokai denai kegemilangan dalam dunia perdebatan. Hampir 30 orang peserta bengkel debat tersebut kelihatan begitu tekun dan bersemangat menghayati siri-siri ceramah dan penerangan yang dikelolakan oleh pengasas-pengasas AD.
Seharusnya pujian
diberikan kepada sdr. Rizal (Dewataraya), di atas inisiatif yang
bersungguh-sungguh untuk membantu pelajar-pelajar SMK Seri Serdang
agar
Pendebat Pertama (Harmi) juga, dengan jiwa pendebatnya yang masih utuh, sanggup menghabiskan masa dihujung-hujung minggu hadir ke sekolah ini untuk mengelolakan latihan.. Tanpa mengira kepenatan dan susah payah, mereka hadir menyumbang bakti.
AD mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada SMK Seri Serdang, Dewataraya dan Pendebat Pertama di atas usaha tekun mereka yang semakin membuah hasil, dalam membina generasi pelapis debat. Teruskan usaha murni ini, untuk terus mendidik anak bangsa kita!!
Teruskanlah usaha itu..
|
|||||
|
|||||