|
|||||
|
| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam | |
|||||
|
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT FAIZI & HAMEEDAH
16/6/2007 - Kuala Lumpur - Pasangan kekasih agung.. Setelah lebih 5 tahun mempertahankan kota cinta yang dibina bersama, setelah berjaya merempuhi segala suka dan duka, setelah resmi cinta dipertahan dua hati yang setia, akhirnya Mohd Faizi Bin Che Abu dan pasangannya, Parvin Hameedah Nacthiar telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah di Masjid Taman Tun Dr. Ismail, jam 11.45 pagi, Sabtu 16/6/2007 yang lalu. Dengan sekali lafaz, maka termeterailah lambang keagungan cinta bagi pasangan ini untuk meneruskan bahtera kehidupan yang lebih mencabar. Untuk rekod, Mohd Faizi adalah Koresponden Borneo AD dan bertugas sebagai Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Borneo di Kuching, Sarawak. Manakala Hameedah adalah seorang Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, yang berkhidmat di Tetuan Raja, Darryl & Loh di Kuala Lumpur. Demi cinta dan lafaz setia kepada suaminya, Hameedah telah meletakan jawatan sebagai Peguam di Tetuan Raja, Darryl & Loh sejurus sebelum majlis perkahwinannya untuk membolehkan beliau menemani suaminya di Kuching, Sarawak. Hameedah, sepertimana Faizi, adalah merupakan graduan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kedua-duanya mempunyai minat yang sama semasa hayat kampusnya, iaitu debat! Faizi gagah dalam debat bahasa melayu, Hameedah pula petah dalam debat bahasa inggeris. AD mengambil kesempatan ini untuk memanjangkan ucapan Tahniah dan "Selamat Pengantin Baru" kepada kedua-dua dan mendoakan kebahagiaan yang berpanjangan... Amin!
Dua Wajah, Satu Hati.. Riak wajah kedua mempelai sebaik sahaja selesai Majlis Akad Nikah..Tanhniah..! |
|||||
|
|||||