akademidebat.com buletin

   

| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam |

 

 

DEBAT PIALA NAIB CANSELOR UPSI MERIAH

 

 

Tanjung Malim, Perak, 22 - 23 Mac, 2008: Pertandingan debat tertutup antara para pelajar UPSI sempena Debat Piala Naib Canselor UPSI kali ke-5 disambut meriah dengan penglibatan pelapis dan muka-muka baru yang bakal mewarnai persiapan universiti itu untuk menghadapi cabaran mendatang. Pada pertandingan akhir Debat itu, yang dihadiri oleh Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Aminah Bt. Ayob di Dewan Rahman Talib, UPSI dijangka bakal mendapat suntikan semangat yang baru apabila NCnya kelihatan bersemangat dan menjanjikan segala sokongan dan bantuan universiti bagi meningkatkan kualiti dan keupayaan para pendebat UPSI. Semoga para pendebat yang sebelum ini kurang mendapatkan layanan yang sewajarnya dari pihak HEP, akan lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan debat UPSI yang semakin kelam itu.

 

 

 

Tidak ketinggalan, AD (Yusfarizal & Zairul Isham) turut dijemput untuk menghakimi pertandingan akhir

Debat Piala Naib Canselor UPSI kali ke-5 tersebut.

 

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Aminah Bt Ayob antara sebahagian tetamu yang mengikuti pertanding akhir

 

 

 

 

 

 

Laman utama | Profil | Produk | Makalah | Tinta Emas | Buletin | Galeri | Arkib | Debat Maya | Alumni Debat UIAM | Hakcipta terpelihara © 2006 | Penafian