akademidebat.com buletin

   

| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam |

 

 

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MULA MENGORAK LANGKAH

 

 

Inilah wajah-wajah barisan pelapis pendebat Universiti Tun Hussein Onn bersama AD, sewaktu tamat sesi Seminar dan Latihtubi debat pada Januari yang lalu..

 

Dengkil, Negeri Sembilan, 19/1/2008: Segala-galanya memerlukan langkah mula.. Dan setiap langkah mula mestilah teratur, tersusun dan tidak songsang.. Segala-galanya memerlukan pengorbanan, ketekunan dan disiplin, untuk mengecapi nikmat kejayaan. Itulah yang dilakukan oleh seramai 18 orang pendebat muda Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, yang telah mengambil inisiatif awal pada permulaan tahun 2008 yang lalu, untuk menganjurkan satu bengkel dan latihtubi debat di Excel Trainging Resort Sdn. Bhd., Dengkil Negeri Sembilan pada 19/1/2008 yang lalu. Berbekalkan slogan "Team Power 2008" keazaman dan semangat yang merutunkan jiwa setiap anak muda ini begitu terserlah sepanjang sesi dan bengkel debat diadakan. Dalam kesibukan tugas, AD tetap meluangkan masa membantu mereka yang kehausan ilmu untuk menguasai debat - A living art, an art of living!

 

Khusyu'... Pendebat Universiti Tun Hussein Onn mendengar ceramah Koresponden AD, En. Muhd Azmi Talib

 

"Adoi.. susah juga rupanya nak menjadi seorang pendebat yang handal.." - wajah-wajah yang tekun walau kepenatan.

 

Pengasas AD, En. Zairul Isham sedang mencurahkan segala pengalaman dan kepakarannya..

 

 

 

 

 

Laman utama | Profil | Produk | Makalah | Tinta Emas | Buletin | Galeri | Arkib | Debat Maya | Alumni Debat UIAM | Hakcipta terpelihara © 2006 | Penafian