| |
YUSFARIZAL UKIR NAMA
DALAM KERJAYA PERUNDANGAN
23/12/2006:
Diam-diam ubi berisi! Pengasas AD, En. Yusfarizal Yussoff telah
berjaya melakarkan namanya dalam sistem perundangan Malaysia apabila
memenangi satu kes berprofil tinggi, terhadap Malayan Banking Berhad
(Maybank). Bertindak mewakili Defendan Ketiga dan Keempat dalam kes
yang dimulakan oleh Maybank terhadap anakguamnya, Yusfarizal bukan
sahaja berupaya meyakinkan Mahkamah untuk menolak tuntutan Maybank,
bahkan mendapat tuntutan gantirugi fitnah dan 'konspirasi untuk
mencederakan' reputasi anakguamnya sebanyak RM 550,000-00. Kejayaan
ini lebih manis lagi apabila En. Yusfarizal telah berjaya meyakinkan
Hakim, untuk menerima pakai "the tort of conspiracy to injure" sebab
asas perundangan untuk membuat tuntutan balas terhadap Maybank.
"Tort of conspiracy to injure" adalah satu prinsip undang-undang
yang masih belum digunakan secara meluas dan belum popular di
kalangan pengamal undang-undang. Tetapi dengan keupayaan berhujah,
nas-nas undang-undang yang otoritatif, serta memaparkan prinsip
undang-undang yang jelas, telah berupaya untuk mempamerkan satu
kausa tindakan yang kuat terhadap Maybank. Yang Arif Hakim Dato'
Mohd Hisyamuddin Mohd Yunus telah membenarkan tuntutan balas
anakguam Yusfarizal berasaskan prinsip undang-undang tersebut.
Untuk rekod, Yusfarizal
telah memulakan kerjaya sebagai Peguambela & Peguamcara Mahkamah
Tinggi Malaya sejak tahun 2003, dan kini adalah merupakan seorang
rakan kongsi kepada Firma Zulpadli & Edham yang kini berpangkalan di
Kuala Lumpur.
ADDENDUM
[dipetik dari Berita Harian - 23/12/2006]
Maybank diarah bayar RM550,000
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mengarahkan Malayan
Banking Berhad (sekarang dikenali sebagai Maybank Berhad)
membayar ganti rugi berjumlah RM550,000 kepada seorang
pakar pergigian dan setiausaha syarikat yang mendakwa
tandatangan mereka dipalsukan dalam satu perjanjian sewa
beli, 10 tahun lalu.
Hakim Datuk Hishamuddin Mohd Yunus membuat keputusan itu
kelmarin, selepas membenarkan tuntutan balas yang
difailkan Dr Dzul Khaini Husain dan Siak Mei Ying
terhadap bank itu atas dakwaan kecuaian, fitnah dan
konspirasi untuk mencemarkan maruah mereka.
Beliau mengarahkan Maybank membayar RM150,000 bagi
konspirasi untuk mencemarkan maruah Dr Dzul, 63 dan
RM250,000 bagi fitnah manakala Mei Ying, 45, memperoleh
ganti rugi fitnah RM150,000.
Pada 5 Februari 1998, Maybank memfailkan saman terhadap
Otahulu Industries (M) Sdn Bhd, Behrouz Maghsoudi, Dr
Dzul dan Mei Ying kerana gagal menjelaskan tunggakan
pinjaman RM736,810.30.
Dr Dzul dan Mei Ying yang disenaraikan sebagai defendan
ketiga dan keempat membuat aduan bahawa tandatangan
mereka dipalsukan dalam perjanjian sewa beli itu.
Bagaimanapun, ia tidak dilayan.
Berikutan saman itu, nama Dr Dzul disenaraihitamkan oleh
bank.
Selepas laporan jabatan kimia mengesahkan tandatangan Dr
Dzul dan Mei Ying adalah palsu, Maybank menarik balik
saman terhadap mereka.
Bagaimanapun, kedua-duanya mengemukakan tuntutan balas
terhadap Maybank atas dakwaan kecuaian, konspirasi untuk
mencemarkan maruah mereka dan fitnah.
Kedua-dua defendan diwakili peguam Yusfarizal Yusoff dan
Ahmad Edham Abdulwani.
|
[dipetik dari News Straits Times]
Company directors win RM550,000 from bank
23 Dec 2006
KUALA LUMPUR: Two former directors of
a dental equipment company won their counter claim against a
financial institution for negligence and defamation.
Dr Dzul Khaini Husain, 63, and Siak Mei Ying, 45, were sued
by Malayan Banking Bhd (now Maybank Bhd) because it claimed
they were the guarantors for a loan given by the bank to
their former company, Otahulu Industries (M) Sdn Bhd, in
1996.
However, Dr Dzul Khaini and Siak filed a counter claim in
which they denied signing any loan agreement for Otahulu
Industries and maintained that the agreement contained
forged signatures.
High Court judge Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus in his
judgment ruled that Maybank, the plaintiff, was liable to
pay damages.
Hishamuddin, in an oral judgment, awarded Dr Dzul Khaini
RM400,000 and Siak RM150,000 in damages.
Maybank filed its suit in 1998 alleging that Dr Dzul Khaini
and Siak, along with Otahulu Industries, and two other
directors, Behrouz Maghsoudi, an Iranian, and Ristina Abd
Majid, took a loan of RM549,640 to purchase equipment and
machinery for their business.
Maybank also said that the four directors supposedly stood
as guarantors and that the company was supposed to pay
RM12,138 a month for 59 months, and a final payment of
RM12,131.
However, Otahulu Industries failed to pay, resulting in
Maybank’s claim for RM736,810.30 as a result of default
payments plus interests.
Dr Dzul Khaini and Siak, in their counter claim, denied that
they signed any document witnessed by Maybank officers, and
that they had by then left the company.
The two also claimed that a Chemistry Department report
verified that the signatures of Dr Dzul Khaini and Siak were
forged in the agreement.
Dr Dzul Khaini also alleged that his reputation had been
damaged because he was blacklisted in the Financial
Information System in 1998 for him allegedly being a
guarantor for Otahulu Industries.
Maybank dropped its suit against Dr Dzul Khani and Siak upon
verification by the Chemistry Department that their
signatures were forged. |
|
KUALA LUMPUR: Two former company directors
wrongly listed by a bank as loan defaulters won
RM550,000 in damages for loss of reputation.
High Court judge Justice Hishamuddin Yunus ruled
there was evidence that a RM549,640 loan granted by
Malayan Banking Bhd was obtained through the forged
signatures of former directors Dr Dzul Khaini Husain
and Siak Mei Ying, who purportedly acted as
guarantors.
The judge ruled that the bank having listed their
names in the Financial Information System, a system
containing information on a person’s financial
status and accessible by most banks, had committed
conspiracy to injure their reputation.
The judge awarded RM400,000 to Dr Dzul Khaini
while Siak received RM150,000.
The bank had originally sued them as well as
Otahulu Industries (M) Sdn Bhd and Behrouz Maghsoudi
for defaulting on the loan. |
|
|
|