akademidebat.com buletin

laman utama | profil | produk | buletin | galeri | tinta emas | debat maya | alumni debat uiam

 

ALUMNI DEBAT UIAM SUMBANG RM4000

 

Kuala Lumpur, 5 Mei - Persatuan Alumni Debat UIAM (Alumni Debat UIAM) telah membuat sumbangan sejumlah RM 4000 dalam satu majlis makan malam amal yang dianjurkan oleh mahasiswa jurusan Senibina Landskap, Kulliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), malam tadi.

 

Majis makan malam amal yang bertemakan "A Night in a Garden of Andalusia" itu telah dirasmikan oleh YB Dato' Hajjah Azizah bt, Mohd Dun, Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Majlis tersebut diadakan bagi meraih dana untuk SPAIN2006 Educational Trip, sebuah program lawatan sambil belajar ke Sepanyol yang bakal disertai oleh 45 orang mahasiswa tahun tiga jurusan Senibina Landskap universiti tersebut.

 

Lawatan tersebut diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan para peserta mengenai warisan senibina landskap Islam di samping memahami gaya hidup dan budaya masyarakat zaman silam.

 

Rektor UIAM, Profesor Dato' Dr. Syed Al-Arabi Iddid Syed Abdullah Aidid dan mantan Rektor UIAM, Profesor Dr. Kamal Hassan merupakan antara tetamu kehormat yang hadir semalam.

 

BERBAKTI: Presiden Alumni Debat UIAM, En. Wan Rohimi bin Wan Daud bersana isteri, Pn. Zati Noor Darina bt. Roslan

 

Pengasas akademidebat.com merangkap Presiden Alumni Debat UIAM, Wan Rohimi bin Wan Daud, berkata Alumni Debat UIAM sentiasa menyokong program mahasiswa  yang berteraskan intelek dan  beliau berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada kejayaan program tersebut.

 

Majlis juga diserikan dengan persembahan daripada kumpulan gamelan UIAM, nasyid oleh kumpulan Brotherz, dan deklamasi puisi oleh mantan Rektor UIAM, Profesor Dr. Kamal Hassan. - akademidebat.com

 

 

 

Laman utama | Profil | Produk | Buletin | Galeri | Tinta Emas | Debat Maya | Alumni Debat UIAM | Hakcipta terpelihara © 2006 | Penafian