akademidebat.com buletin

laman utama | profil | produk | buletin | galeri | tinta emas | debat maya | alumni debat uiam

 

PASUKAN UiTM JUARA DEBAT PERDANA INTERGRITI

Pasukan Yang Layak ke Suku Akhir:

1) UIAM 1
2) UPM 1
3) UITM 2
4) UM
5) UKM 1
6) UTM 1
7) UITM 1
8) UUM

 

Carta 10 Pendebat Terbaik:

1. Mohd KhairulNizam Bakeri          (UiTM2)
2. Farhan Nor Diana Samsuddin (UIAM1)
3. Mohd Nizamuddin Abdul Hamid (UITM2)
4. Amiruddin Abdul Rahman (UPM1)
5. Nurul Husna Ahmad (UIAM1)
6. Mohd Shafiq Fadhly Mahmud (UTP1)
7. Wan Mohd Hariri Mohd Nasihuddin (UTP 1)
8. Ali Asyraf Mohamed (UM)
9. Mohd Firdaus Abdul Rahim (UKM1)
10. Junnayaruin Anak barat (UTP1)

 

[dipetik dari Berita Harian - 9.2.2007 - Jumaat]

 

Pasukan UiTM juara Debat Perdana Integriti


 
PASUKAN debat Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjuarai Pertandingan Debat Perdana Integriti 2007 antara institusi pengajian tinggi di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, kelmarin.

Dengan kemenangan itu, UiTM yang diwakili Shahrul Nizam Ahmad, Muhammad Nizamuddin Abd Hamid, Mohamad Khairulnizam Bakeri dan Mohd Zhafrie Johari membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan dan sijil penghargaan.

Naib johan pertandingan bertema Kebejatan Sosial di Negara Ketiga-Integriti anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) dimenangi pasukan Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ketiga) dan UPM (keempat).

Pemenang masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000, RM2,000 dan RM1,000 selain piala dan sijil penghargaan. Hadiah disampaikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed.

Hadir sama, Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha Raja Abdullah; Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof Madya Dr Azali Mohamed.

Muhammad Nizamuddin dipilih sebagai pendebat terbaik.

Sementara itu, Mustapa dalam ucapannya berkata, program berkenaan dapat menambah kefahaman peserta mengenai usaha mengukuhkan integriti negara. Ia juga mengasah bakat sedia ada di kalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin.

Katanya, pertandingan debat adalah pendekatan terbaik meningkatkan daya fikir dan kebolehan berucap di khalayak ramai di kalangan pelajar.

Pertandingan kali ini disertai 19 institusi pengajian tinggi dengan 27 pasukan membabitkan 106 pendebat.

Muhammad Nizamudin yang juga Timbalan Presiden Kelab Debat dan Pidato UiTM, berkata mereka mengadakan latihan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

 

 

 

 

 

Laman utama | Profil | Produk | Buletin | Galeri | Tinta Emas | Debat Maya | Alumni Debat UIAM | Hakcipta terpelihara © 2006 | Penafian