akademidebat.com buletin

laman utama | profil | produk | buletin | galeri | tinta emas | debat maya | alumni debat uiam

 

MANTAN REKTOR BERTUKAR DEKLAMATOR

 

Kuala Lumpur, 5 Mei - Majlis makan malam amal sempena program SPAIN2006, program lawatan sambil belajar oleh mahasiswa tahun tiga jurusan Senibina Lanskap Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berlangsung malam tadi dimeriahkan dengan kehadiran mantan Rektor UIAM, Prof. Dr. Mohd Kamal Hassan yang mendeklamasikan sebuah puisi karyanya sendiri yang bertajuk "SMS to Muhammad Iqbal, Al-Marhum".

 

Puisi tersebut bukan sahaja menceritakan pengalaman beliau di bumi Sepanyol, malah beliau lebih banyak memfokuskan nasib umat Islam pada hari ini yang dilihat sebagai golongan yang lebih mundur dan terlalu bergantung kepada dunia Barat. Puisi tersebut juga turut menekankan keadaan umat Islam yang dianggap sebagai musuh dunia dan pengganas.

 

Selepas majlis tamat, beliau dilihat bergebang bersama-sama dengan ahli Alumni Debat UIAM di ruang legar Pusat Aktiviti Kebudayaan UIAM. - akademidebat.com

 

 

 

 

BAKAT: Mantan Rektor UIAM, Prof. Dr. Mohd Kamal Hassan menghayati bait-bait puisi

 

Laman utama | Profil | Produk | Buletin | Galeri | Tinta Emas | Debat Maya | Alumni Debat UIAM | Hakcipta terpelihara © 2006 | Penafian