|
|
||||||
|
MANTAN REKTOR UIAM DIKURNIA GELARAN TAN SRI
Profesor Dr Kamal Hassan telah menabur bakti sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama tujuh tahun, bermula 5 April 1999 sehingga 4 April 2006.
Anak jati Kelantan ini merupakan tulang belakang kepada kejayaan UIAM dalam arena debat, sama ada dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.
Sokongan beliau dilihat tidak asing kerana beliau sendiri merupakan pendebat pada zaman remajanya.
Beliau sentiasa memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan debat UIAM dan apa-apa aktiviti yang berteraskan nilai intelek dan tradisi keilmuan. Hal ini telah menjadikan UIAM sebagai satu kuasa dalam arena debat, di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Sekalung ucapan tahniah daripada seluruh warga kerja akademidebat.com. Semoga Profesor Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan meneruskan perjuangan membina generasi yang menjunjung budaya intelek dan tradisi keilmuan demi membina masa depan yang lebih gemilang. - akademidebat.com
|
|||||||
|
|||||||