akademidebat.com buletin

   

| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam |

 

 

PENDAPAT: CONTOHI NEGARA JIRAN

Oleh: Cikgu Abdul Rashid Othman

          Jurulatih Debat SAINA

Singapura, negara jiran kita di Selatan tanah air rupa-rupanya cukup meriah dalam arena perdebatan. Saya ada menjengah beberapa laman web dan laman you tube yang mengetengahkan rancangan relaliti TV berbentuk debat , iaitu The Arena yang disiarkan oleh MediaCorp, syarikat stesen televisyen yang terbesar di Singapura. Rancangan ini secara umumnya berbentuk pertandingan debat yang diwakili sekolah-sekolah terkenal di Singapura termasuk sekolah antarabangsa. Format pertandingan ala world debate, tetapi diberi sentuhan kreativiti dan komersil kerana kamera fokus secara terus kepada wajah pendebat seperti kita menyaksikan rancangan Raja Lawak di Astro. Yang menariknya kita seolah-olah menyaksikan perdebatan pilihanraya di Amerika Syarikat.  Kini sudah masuk musim kedua, iaitu The Arena II. Sesuatu perkara menarik yang perlu dicontohi stesen televisyen kita.Stesen TV kita asyik memandang dunia hiburan... yang dianggap ada nilai komersil. Apa salahnya kita cadangkan pihak stesen TV tempatan contohi apa yang telah dibuat oleh Media Corp. Nilai komersil akan lahir jika ada penerbit mampu menerbitkan rancangan bebentuk debat ini secara kreatif. Percayalah... tidak rugi kita mengetengahkan personaliti-personaliti debat di peringkat sekolah mahupun varsiti... mereka ini kalau kita angkat di persada lebih tinggi menampakkan kita menghargai modal insan dan bakat kepimpinan mereka. Sayangnya keghairahan stesen tv hanya tertumpu kepada dunia hiburan...lalu ikon-ikon remaja yang ditonjolkan hanyalah mereka dari kalangan penyanyi atau pelakon. Sedihnya...ikon-ikon debat yang disanjung dalam kelompok debat hilang begitu sahaja selepas mereka tamat sekolah atau pengajian di universiti ( atau mengisytiharkan persaraan awal kerana ingin tumpukan perhatian lebih kepada kerjaya atau rumah tangga ). Sedangkan merekalah bakat-bakat yang kita yakin ada kualiti menjadi pemimpin dan akan berdebat di Parlimen Malaysia pada masa depan . Saranan saya kepada penerbit rancangan televisyen... mulakanlah langkah bijak ini lebih awal... saya yakin jika bagus kertas kerja, kreatif kaedah pelaksanannya, pasti mampu menambat hati penaja-penaja besar...atau mungkin kita bakal menyaksikan syarikat GLC terkaya , Petronas bakal memulakan langkah berani dan sulung untuk menaja rancangan seperti ini. Jika ini berlaku... saya yakin ia adalah platform terbaik untuk syarikat-syarikat besar di Malaysia mencari perantis yang berkaliber. Lihatlah individu-individu cemerlang yang menjadi CEO atau COO di Malaysia...Tony Fernandez, Idris Jala, Ahmad Izham Omar dan lain-lain...mereka ini dicungkil bakatnya kerana kreatif,berani dan bijak... dan yang pasti, mereka bukannya ikon hiburan....

 

 
       

Laman utama | Profil | Produk | Makalah | Tinta Emas | Buletin | Galeri | Arkib | Debat Maya | Alumni Debat UIAM | Hakcipta terpelihara © 2006 | Penafian