|
|||||
|
| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam | |
|||||
|
PENGUMUMAN!! PERJUMPAAN JAWATANKUASA PENAJA ALUMNI DEBAT MALAYSIA
Adalah dengan ini diumumkan bahawa Jawatankuasa Penaja Alumni Debat Malaysia akan mengadakan perjumpaan pertamanya pada 25 November 2007. Perjumpaan tersebut akan diadakan di UiTM Shah Alam (tempat spesifik akan diumumkan kemudian) bersempena dengan Kejohanan Debat Piala Diraja 2007 yang diadakan disana. Penggerak-penggerak awal Jawatankuasa Penaja Alumni Debat Malaysia dengan ini mengalu-ngalukan kedatangan semua para alumni debat Malaysia untuk sama-sama memeriahkan perjumpaan pertama tersebut. Perjumpaan tersebut, antara lainnya dijangka membincangkan perkara berikut:-
1. Struktur organisasi Jawatankuasa Penaja Alumni Debat Malaysia 2. Pembentangan Kertas Kerja penubuhan Jawatankuasa Penaja Alumni Debat Malaysia 3. Pembentangan deraf perlembagaan Alumni Debat Malaysia 4. Gerak kerja dan pembahagian tugas untuk proses pendaftaran Alumni Debat Malaysia 5. Perkara-perkara berbangkit berkenaan dengan penubuhan Alumni Debat Malaysia
Borang-borang maklumat juga akan diedarkan kepada para alumni debat Malaysia yang hadir di Kejohanan Debat Piala Diraja 2007 tersebut sama ada yang hadir sebagai pemerhati, hakim atau jurulatih. Diharap sambutan menggalakkan diberikan supaya impian untuk melihat tertubuhnya Alumni Debat Malaysia (singkatan ADAM) akan menjadi kenyataan.
Kepada sesiapa yang tidak dapat menghadirkan diri ke perjumpaan tersebut atau ke Kejohanan Debat Piala Diraja 2007, anda boleh memuat turun Borang Maklumat Alumni Debat Malaysia, mengisinya dan mengembalikannya secara pos atau lain-lain cara ke alamat yang tertera di Borang Maklumat tersebut.
Klik disini untuk memuat
turun Borang Maklumat
Klik disini untuk Kertas
Kerja Dasar Penubuhan Jawatankuasa Penaja Alumni Debat Malaysia
Klik disini untuk Deraf
Perlembagaan Alumni Debat Malaysia
|
|||||
|
|||||