akademidebat.com buletin

laman utama | profil | produk | buletin | galeri | tinta emas | debat maya | alumni debat uiam

 

PROFESOR DATO' DR. SYED AL-ARABI IDDID REKTOR BARU UIAM

 

Kuala Lumpur, 5 Mei - Majlis makan malam amal sempena program SPAIN2006, program lawatan sambil belajar oleh mahasiswa tahun tiga jurusan Senibina Lanskap Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berlangsung malam tadi dikejutkan dengan pengumuman pelantikan Rektor UIAM yang baru oleh mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr. Kamal Hassan.

 

Beliau yang dijemput untuk mendeklamasikan sebuah puisi sempena majlis tersebut, secara berseloroh telah memberi ucap hormat kepada Profesor Dato' Dr. Syed Al-Arabi Iddid sebagai Rektor UIAM dan bukannya selaku Pemangku Rektor seperti yang tercatat pada buku program. Profesor Dr. Kamal Hassan dengan berjenaka mengatakan "I appoint him as the new Rector." (Saya melantik beliau sebagai Rektor baru)

 

Hal ini didapati benar apabila selepas beliau tamat mendeklamasikan puisi, pengerusi majlis telah menukar ucap hormat tersebut dengan memperkenalkan Profesor Dato' Dr. Syed Al-Arabi Iddid sebagai Rektor UIAM.

 

Profesor Dato' Dr. Syed Al-Arabi Iddid sebelum ini merupakan Dekan bagi Pusat Kajian UIAM. - akademidebat.com

 

PENGHARGAAN: Profesor Dato' Dr. Syed Al-Arabi Iddid menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat

 

 

 

Laman utama | Profil | Produk | Buletin | Galeri | Tinta Emas | Debat Maya | Alumni Debat UIAM | Hakcipta terpelihara © 2006 | Penafian