akademidebat.com buletin

   

| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam |

 

 

PELANCARAN RASMI PIONEER PUTEH GROUP

 

UNITEN, 11 November 2007 - Wakil AD Encik Yusfarizal, Encik Zairul Isham dan Encik Wan Rohimi Wan Daud telah dijemput atas kapasiti Alumni Debat Kebangsaan untuk menghadiri satu majlis rumah terbuka Aidilfitri dan pelancaran rasmi Pioneer Puteh Group. Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Encik Muhammad B. Hj Abu Bakar yang juga merupakan bekas pendebat tersohor UNITEN telah berbesar hati menjemput rakan-rakan alumni debat ke majlis tersebut.

 

Antara bekas pendebat lain yang turut hadir ialah Encik Syamsul Amri (bekas pendebat UiTM) dan Encik Hanif Osman (bekas pendebat Universiti Malaya). Perjumpaan singkat dalam majlis tersebut menyaksikan pelbagai topi dan isu berkenaan gagasan penubuhan Alumni Debat Malaysia dibincangkan dengan terperinci. Bekas-bekas pendebat yang hadir sepakat untuk memperkasakan usaha ke arah penubuhan ADAM yang diimpikan dan menggerakkan seluruh tenaga untuk melakukan promosi dan kerja-kerja awalan.

 

Majlis rumah terbuka yang berakhir jam 2.30 petang tersebut diadakan di Galeri Canselori, UNITEN.

 

 

 

 

 

 
       

Laman utama | Profil | Produk | Makalah | Tinta Emas | Buletin | Galeri | Arkib | Debat Maya | Alumni Debat UIAM | Hakcipta terpelihara © 2006 | Penafian