|
|
||||||
|
DEBAT INTEGRITI 2006: TMNET HOTSPOT BAKAL BANTU PENDEBAT
Kuala Lumpur, 9 Jun - Para pendebat yang bakal menyertai pertandingan Debat Integriti 2006 anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) tidak perlu lagi membawa bahan-bahan rujukan yang banyak untuk persediaan debat.
Pihak penganjur dalam satu temuramah dengan akademidebat.com memberitahu bahawa terdapat tiga kawasan di Menara Integriti, IIM yang menyediakan kemudahan Internet tanpa wayar TMNET Hotspot yang bakal memudahkan para pendebat untuk melayari Internet sekaligus mendapatkan mendapatkan maklumat berkaitan isu-isu integriti.
Menurut Pengarah Program Debat Integriti 2006, Encik Mazilan Musa, kawasan yang dilengkapi dengan kemudahan tersebut ialah Lobi Aras 3, Dewan Serbaguna, dan Bilik Seminar. Perkhidmatan ini boleh diakses dengan membeli kad prabayar TMNET Hotspot. Maklumat lanjut mengenai pembayaran dan penggunaan TMNET Hotspot boleh dirujuk di laman web rasmi TMNET.
Pihak penganjur berharap agar para pendebat dapat menggunakan kemudahan ini dengan sebaik mungkin sekaligus tampil dengan hujah-hujah bernas dan informatif.
Pertandingan ini akan berlangsung pada 26-29 Jun 2006 bertempat di Menara Integriti, IIM. - akademidebat.com
|
|||||||
|
|||||||