|
PUSINGAN KETIGA:
UiTM, UIAM KEKAL TANPA KALAH
Kuala Lumpur, 26
Julai - Pasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan pasukan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia masih lagi
mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menewaskan lawan
masing-masing pada pusingan ketiga.
UiTM menewaskan
pasukan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) manakala
pasukan UIAM menumbangkan pasukan Universiti Malaya (UM).
Pertandingan ini
dilihat semakin sengit apabila kedua-dua jagoan ini
dijadualkan bertemu pada pusingan keempat, esok. UIAM yang
merupakan juara pada tahun lalu pastinya mengharapkan
kemenangan untuk memastikan laluan mudah ke suku akhir
manakala UiTM dijangka akan memberikan saingan sengit pada
perlawanan pusingan keempat nanti.
|