|
PUSINGAN PERTAMA:
PEMBANGKANG KUASAI DEWAN; UIAM & USM MENANG BESAR
Kuala Lumpur, 26
Julai - Pusingan pertama Pertandingan Debat Integriti
Perdana 2006 telah berlangsung bertempat di Menara Integriti,
hari ini. Pusingan tersebut yang bermula pada jam 10.30 pagi
dengan cabutan usul pertandingan. Usul yang terpilih untuk
diperdebatkan pada pusingan pertama ialah "Pembangunan
Ekonomi Meruntuhkan Moral Masyarakat", "Institusi
Pengajian Tinggi Berjaya Membentuk Integriti Di Kalangan
Pelajar", dan "Modal Insan Berintegriti Menjamin
Kecemerlangan Negara".
Keputusan debat
dilihat sedikit mengejutkan apabila kesemua pasukan yang
bertindak sebagai pihak pembangkang memenangi debat pusingan
pertama. Pasukan daripada Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) mencatat kemenangan terbesar pada pusingan
pertama apabila menundukkan pasukan Universiti Perguruan
Sultan Idris (UPSI) dengan undian juri sebulat suara memihak
kepada UIAM dan beza markah (margin) 10.3.
Pasukan lain
yang mencatat kemenangan besar ialah Universiti Sains
Malaysia (USM) yang menewaskan pasukan Kolej Universiti
Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) dengan undian juri 3-0
dan margin 8.66. Pasukan Universiti Malaya (UM) juga
menyertai kelompok pasukan gergasi dengan mengalahkan
pasukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan undian juri
3-0 dan margin 7.33.
Untuk keputusan
semua perlawanan, klik di sini.

|