akademidebat.com debat integriti perdana 2006

26-29 Jun

Institut Integriti Malaysia, Persiaran Duta Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur

utama | latar belakang | jawatankuasa | berita | keputusan | kedudukan | usul | galeri |

 

BERITA

   
 

 

SUKU AKHIR: JUARA BERTAHAN TUMBANG

 

Kuala Lumpur, 27 Julai - Pasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang mengungguli pusingan awal Debat Integriti 2006 dikejutkan dengan kekalahan pada peringkat suku akhir.

 

Pasukan UIAM yang mengungguli kedudukan teratas pada pusingan telah ditewaskan oleh pasukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ketika membahaskan tajuk "Perpaduan Nasional Masih Longgar" dengan undian juri 3-2. Pasukan UIAM bertindak sebagai pencadang dan UTM sebagai pihak pembangkang. Kemenangan UTM memastikan laluan mereka yang seterusnya ke peringkat separuh akhir sekaligus menyaksikan kegagalan UIAM untuk mempertahankan gelaran juara yang dimenangi pada tahun lalu.

 

Pasukan UiTM pula dikalahkan oleh pasukan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Pasukan dari Negeri Di Bawah Bayu itu bertindak sebagai pihak pembangkang manakala UiTM sebagai pihak pencadang dalam membahaskan usul "Etika Dan Integriti Tidak Perlu dimasukkan Ke Dalam Kurikulum Pengajian Tinggi.

 

Usul yang sama turut didebatkan pada satu lagi perlawanan suku akhir yang lain menyaksikan kemaraan pasukan Universiti Putra Malaysia yang mengatasi pasukan Kolej Universiti Sains Teknologi Malaysia (KUSTEM) ". UPM bertindak selaku pihak pencadang manakala KUSTEM sebagai pihak pembangkang

 

Pasukan Universiti Malaya (UM) juga menempah tiket ke separuh akhir dengan kemenangan ke atas pasukan Universiti Sains Malaysia (USM).

 

Perlawanan peringkat separuh akhir dijadualkan berlangsung pada jam 9.30 pagi, esok.

utama | latar belakang | jawatankuasa | berita | keputusan | kedudukan | usul | galeri