DEBAT ANTARA SEKOLAH UIAM CATAT SEJARAH BARU
Oleh: Shafiq_Fhadly - Debat Maya AD
PERINGATAN : CERITA YANG
PANJANG LEBAR INI PERLU DIKETAHUI OLEH SETIAP ASET PENDEBAT, TAK
KIRA JURULATIH, PENGURUS MAHUPUN PENDEBAT.
Saya terfikir untuk meletakkan subject yang lebih panas pada tread
ini tapi memandang adalah lebih baik kita berdiskusi secara ilmiah
dan intelek tanpa membawa sebarang emosi ke dalamnya agar tidak
wujud ketidak adilan. Sememangnya debat mempunyai darjat dan
kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan maruah ini perlu
dipertahankan sungguhpun ada puak-puak dan pacal-pacal tidak suci
yang cuba mencemarkan keagungan debat. Dan saya juga tidak mahu
wujud sebarang kontroversi yang akhirnya akan menjejaskan sistem
penghakiman kepada pasukan saya dan mungkin akan menamatkan karier
debat saya disebabkan kontroversi-kontroversi yang telah wujud
sekian lamanya.
Berbalik kepada subjek, saya sebenarnya tertarik untuk mendengar
pendapat kedua belah pihak, maksud saya kepada pihak yang tidak
menyokong apa yang berlaku ke atas pasukan Maktab Tentera Diraja dan
saya juga mahu mendengar seadilnya daripada pihak yang menyokong
tindakan tersebut (kalau adalah), kerana mungkin ada betulnya yang
kita sendiri tidak pernah terfikir. Mungkin juga ada dari kalangan
jawatankuasa penganjur terutama penghakiman yang sedang membaca
tread ini dapat memberi ulasan sedikit.
Mengapa saya katakan Debat UIAM mencatat sejarah baru? Saya fikir
arena debat negara semakin pincang, jika dahulu sejarah paling besar
tercatat di Debat Perpaduan 2006 (mungkin anda boleh tahu lebih
lanjut melalui artikel-artikel lain), tapi kalai ini Debat UIAM
bukan saya mencatatkan sejarah tersendiri dengan kalahnya pasukan
MTD tetapi juga sejarah pada amalan perundangan negara.
Kepada yang tidak berpeluang menjadi saksi kepada detik bersejarah
di sana, dan kepada yang tidak mengetahui kisah sebenar apa yang
berlaku di sana, biar saya ceritakan melalui perbualan dengan
beberapa kenalan (kepada yang mengetahui lebih lanjut boleh menambah
baik penceritaan ini).
Tatkala seorang daripada jawatankuasa tertinggi penghakiman dijemput
untuk memberi pengumuman penting, dewan tidak merasakan akan ada
apa-apa kejutan yang berlaku sepertimana yang sering terjadi di
Akademi Fantasia. Mungkin memberitahu sekali lagi bahawa ke SEMUA
pusingan kalah mati akan dijalankan secara "silent round" - inipun
tak tahulah apa motif. Tak pernah dibuat orang rasanya ketika saya
berdebat. Namun pengumuman mengejutkan, pasukan MTD dikenakan
penalti 1 markah daripada setiap hakim kerana ada aduan pasukan MTD
mendapat bantuan luar. (noktah - penting untuk anda mengetahui
noktah di akhir ayat itu.) Maka, secara pengiraannya, dalam pusingan
Double Octo, ada 5 orang hakim. Setiap hakim ditolak satu markah
bermakna pasukan MTD ditolak 5 markah. Secara logik akalnya, dan
difahami oleh kesemua hakim rasanya, dalam pusingan kalah mati,
kesemua pasukan mempunyai kualiti perdebatan tersendiri maka
keBIASAANnya, menang-kalah adalah dengan margin tipis (maksimum 4).
Dalam kes MTD bertemu SMAP Labu, sudah pasti marginnya tipis kerana
ramai berpendapat perdebatan sedikit sengit. Maknanya apa, SEKIRANYA
pasukan MTD menang dalam pertandingan tersebut, margin tertinggi
adalah 4 iaitu perbezaan markah antara 2 pasukan adalah 4. Tetapi
memandangkan penalti 5 markah diberikan, bermakna MTD telah kalah
tatkala pengumuman dibuat dengan margin 1. Apa yang perlu ada pada
MTD untuk menang juga walaupun penalti telah diberikan, menang
dengan margin 4 dan ke atas (bermakna menang selesa atau besar, satu
yang mustahil dalam perdebatan sengit) dan keADILan. Lalu ketika
keputusan diumumkan, MTD tewas dengan juri 3 memihak kepada mereka
dan 2 pada SMAP Labu. Apeka???
Apa yang lebih menyedihkan apabila terpacul dari mulut seorang yang
amat tersohor dalam arena perdebatan negara, "Lepas ni jangan
percaya apa-apa cerita dalam internet" - panas Dewataraya ketika
itu, dan "Kalau tak puas hati rasa nak berdebat, mai datang depan ni
kita berdebat sama-sama tengok siapa hebat". Haiyooo - tau la awak
tu mmg hebat tapi janganlah sampai macam tu sekali.
Itu pertikaian yang berlaku. Maka analisa kes daripada saya:
Apakah kepentingan saya menekankan noktah di atas. Kerana kenyataan
itu hanya setakat itu. Apakah bentuk bantuan? Bantuan yang
bagaimana? Di mana? Bila? Apakah definisi kuarantin yang sebenar?
Adakah bantuan diperoleh ketika kuarantin atau ketika persidangan?
Tidak pernah dicirikan dan diceritakan seadilnya pada khalayak.
Maka, tatkala pengumuman itu dibuat, saya sempat berbicara dengan
beberapa orang disekeliling, "apa yang MTD dah buat?", "Diorang
passing kertas time quarantine." ada yang menjawab. Ketika itu, jauh
di hati saya mengatakan memang wajar tindakan itu dikenakan pada
mereka. Seadilnya mereka diambil tindakan. Tetapi, bangun musuh maya
nombor satu saya (cerita lama), saudara Harmi mempertikaikan proses
keadilan yang dilaksanakan.
i - keputusan dibuat tanpa mendengar penjelasan daripada kedua-dua
pihak. Amalan perundangan mana yang digunakan sedangkan saya kira
mereka yang membuat keputusan tersebut memang arif soal undang dan
seharusnya tahu untuk keadilan perlu mendengar daripada kedua-dua
pihak. Itulah guna mahkamah untuk membela diri. Maaflah, saya bukan
pelajar undang-undang untuk memberi komen lanjut.
ii - aduan daripada SMAP Labu didengar dan siasatan dibuat hanya
dengan memanggil beberapa orang saksi tanpa mempertikai kredibiliti
saksi-saksi tersebut kerana; berkemungkinan saksi-saksi yang
dipanggil secara kebetulan memang sudah mempunyai niat buruk pada
pihak bersalah atau; saksi-saksi merupakan orang dipihak yang
membuat aduan; walaupun saksi-saksi ini diambil secara rawak yang
kononnya tidak mempunyai perkaitan antara kedua-dua pihak tetapi
proses dan kesahihannya masih boleh dipertikai dan wujud keraguan.
iii - tidak ditunjukkan bukti apakah bentuk bantuan yang diberikan.
Bertulis, melalui komunikasi telefon, ataupun isyarat. Bukti-bukti
yang tidak dikemukan secara terperinci menyebabkan proses pengadilan
dijalankan berat sebelah.
Maka, biasalah kalau dasar suka mengkritik akan terus mencari
sensasi nya isu ini. Saya cuba mendapatkan reaksi beberapa kenalan
debat. Maka, apakah cerita sebenar (kalau benarlah ini cerita
sebenar).
Peringatan:Cerita ini dianggap sahih
sehinggalah ada pihak yang mempertikaikan.
Bantuan yang diberikan bukanlah ketika kuarantin berlangsung di
bilik-bilik kuarantin khas yang telah ditetapkan tetapi sebaliknya
bantuan itu adalah KETIKA PERSIDANGAN berlangsung. Itu menjawab
persoalan bila. Adakah peraturan ini memang benar-benar wujud dalam
peraturan debat ala parlimen malaysia. Sekiranya ada, apakah
perincian bantuan tersebut. Tidak pernah dinyatakan dan saya yakin
dan pasti, tiada seorang pendebat tersohor mana pun yang memahami
peraturan sebegini.
Apakah dan bagaimanakah bantuan yang diberikan? Bantuan yang
diberikan sebenarnya adalah berupa isyarat tangan, iaitu jurulatih
mereka memberi isyarat seperti menerima izin laluan, suruh bangun
bagi izin laluan, suruh senyum, dan seumpamnya. Tapi tak tahulah
kalau MTD ada kod rahsia atau menggunakan bahasa Isyarat untuk
memudahkan pendebat memahami. Sempat pula Harmi belajar ye... Dan
kalau ada yang bertulis sekalipun hanyalah tulisan "SENYUM" dan
"CAYALAH MTD"..Takkan itu pun salah. Saya percaya, banyak sekolah
yang menyertai melakukan perkara yang sama dan saya juga percaya ,di
peringkat universiti juga melakukan perkara yang sama dan saya
percaya, pasukan UIAM sendiri melakukan perkara yang sama. Maka
apakah kesalahannya?
Jika benar ini termaktub dalam peraturan, maka saya mohon perincian
dan penerangan yang jelas bukan sahaja kepada sekolah-sekolah yang
bertanding tetapi juga kepada semua pendebat-pendebat universiti
kerana inilah senario yang berlaku dan saya tidak fikir ada yang
tahu itu merupakan satu kesalahan demi memastikan kita mendapatkan
kembali keadilan seadilnya.
Saya bukanlah orang yang arif dan selayaknya berbicara soal
undang-undang. Oleh itu, saya mohon pihak AD yang sememangnya sangat
arif berkaitan perundangan untuk mengulas proses pengadilan dan
amalan undang-undang di atas. Saya juga memohon agar ada pihak lain
yang dapat memberikan maklum balas dan lebih baik sekiranya ada
wakil pihak penganjur sendiri yang dapat memberi maklum balas.
Saya tidak menyalahkan sesiapa, baik hakim atau pihak penganjur.
Tetapi saya kesal kerana tidak wujud penjelasan sewajar dan
seadilnya untuk memberi keadilan kepada kedua-dua pihak. Saya cuma
memohon agar ada satu penjelasan terperinci berkaitan perkara ini,
berdiam diri hanya akan mengeruhkan keadaan dan menghilangkan maruah
dan kredibiliti pihak penganjur sendiri.