akademidebat.com makalah

   

| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam |

       
 

MAKALAH | Parlimen Malaysia

   
 

      

KEPIMPINAN MELALUI "TELADAN"???!

Dipetik dari Handsard, Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia:-

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Khamis, 21 Jun 2007

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

 JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

 1. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan kerajaan seterusnya memandangkan bahawa indeks rasuah yang diberikan oleh Transparency International (IT) kepada Malaysia semakin meningkat berbanding dengan negara jiran seperti Indonesia, Vietnam dan Singapura memandangkan YAB Perdana Menteri menekankan pentingnya membanteras rasuah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]:

Walaikumsalam. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya indeks persepsi tahap rasuah atau pun dalam Bahasa Inggerisnya Corruption Perception Index atau ringkasnya CPI digunakan sebagai kayu pengukur, memang tidak boleh dinafikan ada kemerosotan dalam kedudukan dan score yang diperoleh bagi tahun 2006 berbanding dengan tahun 2005. Untuk tahun 2005, Malaysia ditempatkan di tangga ke-39 daripada 159 buah negara. Manakala untuk tahun 2006, Malaysia disenaraikan di tangga ke-44, tetapi negara yang dikajikan lebih banyak iaitu 163 buah negara. Dari score pula terdapat sedikit penurunan dalam score yang diperoleh iaitu dari 5.1 tahun 2005 kepada 5.0 tahun 2006. CPI yang dikeluarkan tidak mencerminkan keadaan yang sebenar tahap rasuah di negara ini. Tambahan pula laporan tersebut adalah merupakan kajian persepsi semata-mata dan dengan itu amat berbeza daripada realiti sebenarnya, on the ground dengan izin. Namun begitu, persepsi negatif tersebut perlu diterima sebagai peringatan bagi menyedarkan dan menyuntik semangat kepada semua lapisan masyarakat untuk berusaha dengan lebih gigih lagi ke arah membasmi rasuah dan melahirkan lebih ramai insan berhati mulia dan berjiwa luhur di dalam negara. Bagi memperbaiki indeks persepsi rasuah tersebut, kerajaan akan melipatgandakan usaha pembanterasan rasuah melalui pelbagai pendekatan khususnya dari aspek perundangan, khidmat rundingan dan pendidikan masyarakat di pelbagai peringkat sama ada di sektor awam, swasta dan masyarakat umum. Di samping itu usaha untuk memperbaiki kedudukan negara dalam CPI akan turut dilaksanakan melalui:

 (i)                  usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan khususnya yang melibatkan sektor ekonomi;

(ii)                menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan GLC dan sektor swasta dalam konteks pencegahan rasuah dan pengukuhan integriti; dan

(iii)               (iii) mendapatkan kerjasama key communicator daripada pelbagai sektor dalam dan luar negara untuk membantu mengubah persepsi.

Datin Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab mengatakan memang diakui bahawa kedudukan Malaysia memang merosot berbanding dengan prestasi negaranegara jiran seperti Singapura yang kekal pada tangga lima tahun 2005 dan 2006, Indonesia yang meningkat tujuh tangga daripada 137 kepada 130 dan Vietnam yang jatuh empat tangga daripada 107 pada 2005 kepada tangga ke 111 pada 2006. Hal ini lebih merunsingkan apabila diambil kira Kempen Anti Rasuah yang telah menjadi moto kempen Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi semasa pilihan raya umum yang ke-11. Tambahan lagi janji PM untuk memerangi rasuah secara habis-habisan. Kebelakangan ini kita telah melihat beberapa tuduhan yang amat serius seperti penyiasatan Badan Pencegah Rasuah sendiri atas tuduhan media Jepun dan Biro Cukai Metropolitan Tokyo terhadap Ketua Menteri Sarawak dalam kes bayaran dengan izin kick bags dari syarikat perkapalan Jepun yang berjumlah RM32 juta dan penyiasatan terhadap bekas Ketua Badan Pencegah Rasuah sendiri dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang telah mengambil masa yang begitu lama. Dalam Akhbar Financial Times pada 2 April 2007 tahun ini, telah menyebut berikut dengan izin “The fall in the corruption perception index is embarrasing for Malaysia as it seeks to reverse a decline in foreign direct investment which fell 14% to USD4 billion last year”.

Maka soalan saya ialah, adakah kerajaan merancang memberi pihak BPR peluang untuk melaporkan secara langsung kepada Parlimen dan mengemukakan Laporan Tahunan BPR supaya Ahli Parlimen mempunyai peluang meneliti dan berdebat kandungannya tersebut? Saya  percaya cadangan ini boleh memastikan peningkatan prestasi kerja BPR dan di samping memberi keyakinan kepada pihak pelabur asing. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah. Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Pertama, saya hendak sebutlah yang ini semua pandangan, iaitu pandangan luar dan pandangan orang. Yang saya sebutkan tadi persepsi ini bukan keadaan sebenarnya yang berlaku on the ground. Singapura, Yang Berhormat tidak boleh banding dengan Malaysia. Dia bukan negara betul, is not a real country, is an island jika dibandingkan dengan kalau sebuah pulau kita tidak boleh kawal rasuah.

Saya rasa lebih baik tak usah ada langsung ACA. Jadi tak boleh banding macam itu. Singapura pulau kecil tiga juta - empat juta sahaja dan peluangnya tidak sebegitu besar seperti apa yang ada di Malaysia, itu yang pertama. Because you are not comparing apple to apple.Kemudian Indonesia dengan Vietnam memang betul dia punya kedudukan meningkat tapi di tahap seratus lebih. Katakan 137 dan seratus ke atas, dia nak turun itu senang. Bila kita dah turun ke bawah dekat 40, 50 dah jadi bottle neck macam mana kita nak turun lagi nak lawan macam negara Finland, negara Denmark, Great Britain kah? Jepun kah? Jadi di bawah top 50 itu bottle neck, sudah tentu tak boleh goyang dah sebab kita dah turun merudum daripada atas begitu cepat. Jadi sebab itu tidak boleh nak banding kita dengan Indonesia daripada 137 kepada 130, memang ke atas itu senang nak turun tetapi bila dah sampai ke bottle neck yang ke-50 ke bawah, itu sukar untuk kita nak turun kerana kita sudah berada dalam Liga Premier bukan senang hendak mendapat skor dan kedudukan yang lebih baik. Kemudian Yang Berhormat, apa yang berlaku pada hari ini akhbar kita bebas dan ia boleh kata apa sahaja namun tidak semestinya perkara itu betul. Kalau di masa yang lepas mungkin akhbar pada ketika itu diarahkan untuk tidak dikeluarkan perkara seperti ini, jadi orang ingat semua bagus. Jadi persepsi ini pada ketika itu Malaysia bagus. Namun apabila kita bebas, akhbar bebas, siapa juga boleh cakap, malah seorang kerani  pun sekarang ini bebas untuk bercakap apa yang dia hendak cakap. Jadi kalau dia bercakap masuk dalam surat khabar, surat khabar bebas keluarkan banyak orang bercakap jadi persepsi dia akan menjadi walaupun perkara tidak betul persepsinya akan merasakan bahawa rasuah berlaku. Katakan macam kes Timbalan Menteri Dalam Negeri pada saya tuduhan itu dibuat dalam blog, maknanya sekarang siapa pun boleh blog dan buat tuduhan tanpa bukti. Macam kata kes Timbalan Menteri yang dikatakan ada RM 5 juta, mana RM 5 juta itu? Where is that RM5 milion? Saya nak tahu. Dalam akaun Timbalan Menteri kah? Dalam akaun sesiapa kah yang memegang bagi pihak Timbalan Menteri, but the RM5 milion is not there. Nak siasat apa? Kita cari RM5 juta itu dulu bila wujud RM5 juta itu barulah kita boleh tuduh orang itu rasuah, ini RM5 juta pun tak ada tapi orang bebas bercakap, jadi inilah. Saya nak tanya pada Yang Berhormat, apa pilihan kita? Kita nak balik pada zaman dulu supaya akhbar tidak bebas dan tidak mengeluarkan tuduhan-tuduhan yang liar yang banyak tuduhan liar yang dikeluarkan terhadap pemimpin-pemimpin kita. [Dewan tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Ipoh Timor.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Tuan Yang di-Pertua, nampaknya Yang Berhormat Menteri sudah mempertahankan kenapa kedudukan korupsi Malaysia begitu rendah. Dalam kes Timbalan Menteri Dalam Negeri nampaknya dia sudah membersihkan namanya sungguhpun BPR tidak umumkan apa-apa hasil, sungguhpun AG Chamber pun diam. Adakah ini satu preemptive? Kenapa satu pengumuman tidak ada mengenai hasil siasatan BPR dan kenapa AG Chamber diam dalam perkara ini? Berbalik kepada soalan yang ada dikemukakan. Bukankah benar bahawa tahun ini ialah ulang tahun 50 kemerdekaan? Adakah Yang Berhormat sedar kalau ikut perkembangan mengenai korupsi, negara kita dalam tahun 2007 mungkin bukan sahaja boleh jatuh lebih rendah daripada tempat 44 mungkin sampai tempat 50 sempena 50th anniversary merdeka, bukan ini satu perkara yang sangat memalukan? Khasnya perkara ini bukan sahaja korupsi. Laporan korupsi mengenai ACA Director General, mengenai Timbalan Menteri, mengenai Ketua Menteri Sarawak yang ada di sini hari ini begitu banyak tuduhan yang dibuat mengenai hakim-hakim sendiri...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Jangan memalukan oranglah.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, cukup.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Bukankah semua ini menunjukkan bahawa we are at the crisis of corruption. Sungguhpun Perdana Menteri yang baru kata mahu memerangi korupsi tetapi ada korupsi yang lebih serius berbanding dengan masa dahulu dan bukan Yang Berhormat sedar bahawa bekas Perdana Menteri sebelum beliau meletak jawatan dalam tahun 2003 kalau tak silap dalam Jun atau Julai 2003, Tun Dr. Mahathir ada menyuarakan melahirkan harapan..

Tuan Yang di-Pertua: Baik Yang Berhormat .

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Malaysia boleh menduduki antara 10 negara yang terbersih, yang tidak korupsi dalam Transparency International Corruption Perception Index , adakah ini menjadi satu...

Tuan Yang di-Pertua: Baik Yang Berhormat baik, cukuplah.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Panduan untuk kerajaan supaya we occupy first 10 atau first 20 position in the TI’s Corruption Perception Index.

Tuan Yang di-Pertua: Baik Yang Berhormat

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Malaysia kita boleh berjaya kalau orang macam ini tak ada dalam Dewan [Dewan riuh]. Dia bercakap semua benda pembohongan sahaja, tidak ada tuduhan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Itu bukan pembohongan, tarik balik apa itu pembohongan? Can you give me one evidence?

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Itu pandangan orang. Itu laporan surat khabar, ini otak benak tak ada otak. [Dewan riuh]

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: [Dewan riuh]. Yang Berhormat Peraturan Mesyuarat, Peraturan Mesyuarat..

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Otak dia bodoh, otak dia benak, orang macam ini pembohongan. [Dewan riuh].

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Dia kata saya bohong kah?

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Memanglah, pembohong. [Dewan riuh].

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Tarik balik, tarik balik, ini melanggar Peraturan Mesyuarat. [Dewan riuh].

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Apa bohong? Apa yang saya kata semua benar, mana ada tuduhan mana bukti? [Dewan riuh].

Tuan Yang di-Pertua: Baik, duduk.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Mana ada tuduhan? Mana ada tuduhan? Otak bodoh tak reti baca ke? Mana ada tuduhan? Mana ada tuduhan?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sila duduk. [Dewan riuh].

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Selalu macam itu. [Dewan riuh].

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Bodohlah, bodoh! [Dewan riuh].

Tuan Yang di-Pertua: Ipoh Timor, Bukit Mertajam, Batu Gajah duduk! Duduk semua, duduk! [Dewan riuh] Bukit Bintang, Bukit Mertajam, Batu Gajah duduk, duduk! [Dewan riuh].

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tak ada otak. Saya nak jawab Tuan Yang di-Pertua, boleh jawab?.

Tuan Yang di-Pertua: Boleh, boleh sila.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Okey, pertama kalau cakap tentang persepsi itu pandangan, sebentar tadi saya bagi pandangan saya, apa salahnya? Persepsi pandangan, ia boleh pegang kepada persepsi, maknanya saya bagi pandangan saya, apa salah? Saya nak bagi tahu RM5 juta, mana ada RM5 juta. Itu pandangan saya, mana RM5 juta yang dikatakan Timbalan Menteri ambil. Mana dia RM5 juta itu? Itu pandangan saya.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ada tanya ACA? [Dewan riuh].

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Mana ada RM5 juta itu! Tak ada. [Dewan riuh].

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Duduk, duduk bodoh! [Dewan riuh].

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat dalam keadaan ini Bukit Mertajam, Batu Gajah duduk! Dalam keadaan ini saya nak benarkan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. [Dewan riuh].

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat, nombor dua saya nak dia tanya pada saya...[Dewan riuh]. dalam kes siasatan Timbalan Menteri, AG Chambers belum membuat tuntutan, tanyalah AG...janganlah tanya saya!

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Otak dia bodoh, otak dia benak, orang macam ini pembohongan. [Dewan riuh].

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Dia kata saya bohong kah?

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Memanglah, pembohong. [Dewan riuh].

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Tarik balik, tarik balik, ini melanggar Peraturan Mesyuarat. [Dewan riuh].

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Apa bohong? Apa yang saya kata semua benar, mana ada tuduhan mana bukti? [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Baik, duduk.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Mana ada tuduhan? Mana ada tuduhan? Otak bodoh tak reti baca ke? Mana ada tuduhan? Mana ada tuduhan?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sila duduk. [Dewan riuh].

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Selalu macam itu. [Dewan riuh].

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Bodohlah, bodoh! [Dewan riuh].

Tuan Yang di-Pertua: Ipoh Timor, Bukit Mertajam, Batu Gajah duduk! Duduk semua, duduk! [Dewan riuh] Bukit Bintang, Bukit Mertajam, Batu Gajah duduk, duduk! [Dewan riuh].

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tak ada otak. Saya nak jawab Tuan Yang di-Pertua, boleh jawab?.

Tuan Yang di-Pertua: Boleh, boleh sila.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Okey, pertama kalau cakap tentang persepsi itu pandangan, sebentar tadi saya bagi pandangan saya, apa salahnya? Persepsi pandangan, ia boleh pegang kepada persepsi, maknanya saya bagi pandangan saya, apa salah? Saya nak bagi tahu RM5 juta, mana ada RM5 juta. Itu pandangan saya, mana RM5 juta yang dikatakan Timbalan Menteri ambil. Mana dia RM5 juta itu? Itu pandangan saya.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ada tanya ACA? [Dewan riuh].

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Mana ada RM5 juta itu! Tak ada. [Dewan riuh].

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Duduk, duduk bodoh! [Dewan riuh].

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat dalam keadaan ini Bukit Mertajam, Batu Gajah duduk! Dalam keadaan ini saya nak benarkan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. [Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat, nombor dua saya nak dia tanya pada saya...[Dewan riuh]. dalam kes siasatan Timbalan Menteri, AG Chambers belum membuat tuntutan, tanyalah AG...janganlah tanya saya!

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat duduk.

Beberapa Ahli: [Menyampuk] [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat duduk.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak cerdik, macam bodohlah. Tidak cerdik, Tuan Yang di-Pertua tidak cerdik. Nombor tiga saya hendak...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bukit Mertajam duduk, Batu Gajah duduk. Menteri sila jawab.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuduhan yang dibuat. Itu ialah…

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Dia orang kata kenapa panggil mengenai AG, pendaftaran AG. Dia menteri yang tanggungjawab AG. Dalam Dewan dia jawab bagi pihak AG, sebab saya tanya dia. Kenapa dia boleh berdiri di sini tanya AG? AG bukan di dalam Parlimen sini untuk disuarakan.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Panggil dia mari, panggil AG mari.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Selain daripada AGENSI, directly appointed Member of Parliament. Kenapa boleh tanya? Kenapa tidak tanya AG?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat itu yang…

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Beri, bodoh.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Dia bodoh, dia bodoh. Bodoh. [Ketawa]Dia pun kata bodoh [Ketawa]. Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Baik. Sekarang Yang Berhormat semua faham ya?

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Faham. Tuan Yang di-Pertua, soal AG soalan yang hendak ditanya ini tidak perlu ditanya dalam Dewan saja, boleh tanya di luar. Jadi AG boleh jawab di luar, dan saya tidak boleh mendahului AG kerana akan dituduh sebagai mempengaruhi AG. Sebab itu tanya, saya kata tanya AG. Tanya dekat luar boleh tanya. Pergi jumpa dengan dia.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor: Ini prinsip Parliamentary irresponsibility, ministerial irresponsibility.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Ipoh Timor duduk.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Menteri, Parliamentary punya privilege pun tidak boleh mengatasi keputusan yang harus dibuat oleh Attorney General . Saya tidak boleh mendahului, kalau dia belum buat keputusan lagi. Sebab itu saya tidak boleh jawab di sini. Tanya pada AG. Kemudian tuduhan, tuduhan... Duduklah you. Rambut putih duduklah. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Duduk, duduk.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kemudian tiada tuduhan. Tuan Yang di- Pertua, tuduhan dibuat dalam akhbar tidak merupakan perkara yang sahih, sehinggalah siasatan dibuat dan didapati bersalah dan dituduh dalam mahkamah, baru kita boleh kata orang itu bersalah. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya jemput Yang Berhormat dari Sik.

Dato' Dr. Wan Azmi bin Wan Arffin [Sik]: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meminta jawapan, saya bagi pihak Yang Berhormat Kuala Krai mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkabong, Kuala Krai.

-----------------------------------

Nota Webmaster: Ooohhh! Rupanya gelagat YB-YB dan Menteri kita bertelagah itu sedang disaksikan secara langsung oleh adik-adik dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkabong, Kuala Krai yang sedang mengadakan lawatan sambil belajar di Dewan Rakyat!!

 

 
       

Laman utama | Profil | Produk | Makalah | Tinta Emas | Buletin | Galeri | Arkib | Debat Maya | Alumni Debat UIAM | Hakcipta terpelihara © 2006 | Penafian