|
|||||||||||||||
|
| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam | |
|||||||||||||||
|
|||||||||||||||
|
Nuclear Non-Proliferation Treaty
Oleh: Wan Rohimi Bin Wan Daud
10/10/2006: Non-Proliferation of Nuclear Weapons, atau Nuclear Non-Proliferation Treaty (NPT or NNPT) adalah satu perjanjian antarabangsa, yang telah dimeterai pada 1 Julai 1968, untuk menghadkan pengembangan penggunaan senjata nuklear. 188 negara yang berdaulat telah menjadi pihak-pihak kepada perjanjian tersebut. Walau bagaimanapun, 2 buah negara (India dan Pakistan) selain dari 7 negara yang telah memiliki kuasa nuklear (iaitu mereka yang telah secara terbuka menguji senjata nuklear), dan sebuah negara yang berkemungkinan besara mempunyai senjata nuklear (Israel), tidak meratifikasikan perjanjian tersebut. Selain itu, sebuah lagi negara yang mendakwa mempunyai senjata nuklear (Korea Utara) telah menarik diri daripada perjanjian tersebut. Perjanjian ini telah dicadangkan oleh Ireland, dan Finland merupakan negara pertama yang menandatanganinya. Pada 11 Mei 1995, bertempat di New York, pihak-pihak kepada perjanjian ini telah memutuskan secara sebulat suara untuk memanjangkan perjanjian tersebut tanpa batas dan tanpa syarat. Perjanjian ini selalunya dibahagi kepada tiga prinsip utama: sekatan pengeluaran (non-proliferation), perlucutan (disarmament), dan hak untuk menggunakan teknologi nuklear. PRINSIP PERJANJIANPrinsip Pertama: Sekatan Pengeluaran5 negara yang dibenarkan oleh NPT untuk memiliki senjata nuklear: Perancis (tandatangani perjanjian pada 1992), People's Republic of China (1992), Kesatuan Soviet (1968 – selepas keruntuhan Soviet, hak penggunaan senjata nuklear ini diwariskan kepada negara Rusia), United Kingdom, Amerika Syarikat (1968). Ini adalah merupakan negara-negara yang memiliki senjata nuklear sewaktu perjanjian tersebut ditandatangani, yang mana negara-negara ini adalah merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB. Kelima-lima negara ini telah bersetuju untuk tidak memindahkan “senjata nuklear atau teknologi persenjataan nuklear kepada lain-lain negara, manakala negara-negara yang masih belum mempunyai senjata nuklear telah bersetuju untuk tidak membangunkan dan memiliki senjata nuklear. 5 negara bersenjata nuklear tersebut telah membuat akujanji untuk tidak menggunakan senjata nuklear yang dimiliki terhadap negara-negara yang tidak mempunyai senjata nuklear, melainkan sebagai tindak balas terhadap apa-apa serangan nuklear, atau satu serangan konvensional yang bersekutu dengan negara-negara yang memiliki senjata nuklear. Walaubagaimanapun, akujanji-akujanji ini tidak dimasukkan secara rasmi ke dalam perjanjian tersebut, dan butirannya sentiasa berubah dari masa ke semasa. Amerika Syarikat contohnya, pernah membayangkan akan menggunakan senjata nuklear sebagai tindak balas terhadap apa-apa serangan bukan konvensional dari “negara pengganas”. Bekas Setiausaha Pertahanan United Kingdom juga pernah membayangkan kemungkinan menggunakan senjata itu terhadap ancaman yang sama. Pada Januari 2006, Jacques Chirac, Presiden Perancis menyatakan bahawa mana-mana insiden yang diakibatkan oleh negara-negara yang membiayai keganasan ke atas Perancis akan mengundang tindak balas nuklear dalam skala yang kecil yang bertujuan untuk memusnahkan pusat pemerintahan “rogue states” tersebut. Prinsip Kedua: PerlucutanArtikle VI dan “preamble” membayangkan bahawa Negara-Negara Senjata Nuklear (NWS- Nuclear Weapon State) hendaklah meneruskan rancangan untuk mengurangkan dan mencairkan senjata yang telah siap; Artikle VI juga mendesak “satu Perjanjian Am dan Menyeluruh Gencatan di bawah kawalan antarabangsa yang tegas dan ketat. Melalui Artikel 1, NWS mengisytiharkan bahawa mereka hendaklah tidak “menghasut mana-mana bukan NWS, untuk memiliki senjata nuklear. Artikel X bagaimana pun memperuntukkan bahawa mana-mana negara boleh menarik diri daripada perjanjian ini sekiranya mereka merasakan bahawa “perkara-perkara luar biasa” yang boleh mempengaruhi, mendesak atau memaksa mereka. Prinsip Ketiga: Hak untuk menggunakan teknologi nuklear secara amanOleh kerana terlalu sedikit NWS dan negara-negara lain yang memiliki reaktor tenaga nuklear untuk tujuan perbekalan tenaga nasional, berhajat untuk secara sepenuhnya mengabaikan pemilikan tenaga nuklear, Prinsip Ketiga NPT memperuntukkan bahawa NPT menyediakan ruang kepada mana-mana negara untuk berbuat demikian, tetapi berdasarkan syarat-syarat yang akan menghalang mereka dari menjana dan membina senjata nuklear. Bagi sesetengah negara, Prinsip Ketiga NPT ini, yang membenarkan proses pengayaan uranium untuk kegunaan tenaga, kelihatan menyediakan ruang kelemahan yang paling utama kepada NPT. Walau bagaimanapun, perjanjian ini memberikan hak kepada setiap negara untuk menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan keamanan, seperti stesen tenaga nuklear dan reaktor air yang dibina khusus untuk tujuan pengayaan uranium. Produk-produk pengayaan uranium ini juga boleh diurusniagakan dalam perdagangan antarabangsa, walau pun hakikat pengayaan uranium yang aman boleh dilihat sebagai merintis jalan ke arah pembinaan secara sulit, kepala senjata nuklear (nuklear warhead). Peruntukan-peruntukan pentingArtike I: Setiap NWS mengakujanji (undertake) untuk tidak memindahkan, kepada mana-mana negara penerima, senjata nuklear atau apa-apa letupan berasaskan nulear, dan tidak akan membantu mana-mana negara lain untuk membina serta menghasil senjata nuklear atau memiliki senjata tersebut. Artikle II: Setiap negara tanpa nuklear mengakujanji tidak akan menerima dari mana-mana sumber, apa-apa senjata nuklear atau mana-mana letupa berasaskan nuklear, dan tidak akan membina atau memiliki senjata tersebut, dan tidak akan meminta serta menerima apa-apa bantuan bagi pembinaan senjata tersebut. Artikle III: Setiap negara tanpa nuklear mengakujanji untuk memeterai perjanjian dengan IAEA bagi penggunaan dan pengawalan bahan-bahan nuklear secara aman dan seperti yang dibenarkan serta tidak akan mengubahsuai bahan-bahan tersebut untuk dijadikan sentaja nuklear. Artikle VI. Negara bangsa mengakujanji untuk berunding terhadap gencatan khusus dan umum terhadap penggunaan senjata nuklea dibawah kawalan antarabangsa yang ketat dan berkesan. Artikle X. Memberikan hak untuk menarikdiri daripada Perjanjian tersebut dengan memberi notis 3 bulan sahaja kepada badan berkenaan. Sejarah RingkasCetusan awal di sebalik perangkaan deraf perjanjian NPT adalah disebabkan oleh kebimbangan masyarakat dunia tentang kerancakan pembinaan teknologi senjata nuklear, yang berupaya menyediakan ruang yang paling maksimum kearah kehancuran dunia. Dalam sejarah perang dingin, hubungan 2 kuasa besar, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet adalah terlalu rapuh dan memungkinkan segala-galanya akan berlaku. Ramai pemain-pemain senjata nuklear telah merendahkan tahap keselamatan penggunaan senjata, dan dengan itu menyumbang kepada risiko salahtanggap dan salahjangka, yang mungkin tercetus melalui kemalangan atau penggunaan haram, atau melalui keributan konflik-konflik kecil yang berlaku. Perjanjian ini pada awalnya dicadangkan oleh Ireland, dan dibuka untuk ditandantangani pada 1968. Finland adalah negara pertama yang menandatangani Perjanjian tersebut. Pada tahun 1992, kesemua 5 negara yang memiliki senjata nuklear (pada waktu itu) telah menandatangani Perjanjian tersebyt, dan perjanjian tersebut telah diperbaharui pada 1995, yang kemudiannya diikuti dengan Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear (CTBT – Comprehensive Test Ban Treaty 1996) pada 1996. Sejak perjanjian itu ditandatangani, terdapat beberapa negara yang cuba berjinak-jinak dengan senjata nuklear telah menamatkan program senjata nuklear mereka. Sebagai contoh, Afrika Selatan yang sedang membangunkan program senjata nuklear pada tahun 1970-an, dengan bantuan Israel, dan berkemungkinan akan mengadakan ujian senjata nuklear yang pertama pada 1979, telah menamatkan pembangunan senjata tersebut, dan keseluruhan kemudahan persenjataan nuklear dimusnahkan. Manakala Ukraine dan beberapa negara bekas Soviet telah memusnahkan program persenjataan nuklear dan menyerahkan senjata nuklear yang mereka miliki kepada Russia, yang mewarisi hak senjata nuklear daripada Soviet Union. NATO-Amerika Syarikat: Perjanjian Perkongsian SenjataSewaktu perjanjian ini sedang dirundingkan, NATO telah secara rahsia memiliki perjanjian perkongsian senjata nuklear di kalangan ahli-ahlinya, dimana Amerika Syarikat selaku pembekal senjata nuklear akan memberi hak kepada lain-lain ahli NATO untuk membeli, memiliki dan menyimpan senjata nuklear tersebut di mana-mana negara NATO. Tindakan ini sebenarnya adalah satu perlanggaran peruntukan Artikel 1 dan II NPT Setakat tahun 2005, adalah dijangkakan Amerika Syarikat masih memiliki 180 hingga 480 B61 Bom Nuklear taktikal untuk kegunaanya dan negara-negara sekutu seperti Belgium, Germany, Itali, Netherland dan Turki di bawah perjanjian NATO. India, Pakistan, Israel3 negara – India, Pakista dan Israel, telah menolak dari menandatangani perjanjian tersebut. India dan Pakistan telah disahkan memiliki senjata nuklear, tetapi Israel dipercayai memiliki senjata Nuklear walau pun tidak diketahui akan ujian yang mungkin pernah dilakukannya. India dan Pakistan telah secara terbuka mengumumkan pemilikan senjata nuklearnya dan telah beberapa kali menjalankan ujian senjata tersebut. India telah pertama kali melakukan ujian tersebut pada 1974. Pada 1998, India dan Pakistan telah saling berbalas melancarkan ujian senjata nuklear ditengah-tengah kemuncak krisis Kashmir dirantau itu. India dianggarkan memiliki senjata yang mencukupi sebanyak 150 kepada nuklear. Pakistan pula dianggarkan memiliki 60 unit sahaja.
Korea UtaraKorea Utara telah meratifikasikan perjanjian ini pada 12 December, 1985 tetapi telah memberi notis menarik diri dari perjanjian tersebut pada 10 Januari, 2003, yang disebabkan oleh tuduhan Amerika Syarikat bahawa Korea Utara sedang membangunkan program pengayaan uranium untuk pembinaan senjata. Penarikan diri Korea Utara itu telah berkuatkuasa pada 10 April 2003 dan menjadikan Korea Utara sebagai negara pertama yang menarik diri daripada perjanjian tersebut. Pada 10 Februari 2005, Korea Utara telah secara terbuka mengumumkan bahawa negaranya telah berjaya membina dan memiliki senjata nuklear dan menarik diri dari “Six-Party Talk” yang dianjurkan oleh China.
|
|||||||||||||||
|
|||||||||||||||