|
||||||||||||
|
| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam | |
||||||||||||
|
||||||||||||
|
TINDAKAN BALAS SELALUNYA MENYAKITKAN SEMUA
Oleh: Yusfarizal Bin Yussoff
Apabila Menara
WTC di tengah kotaraya New York dibedil oleh rempuhan 2 kapalterbang
yang dikemudikan oleh pejuang berani mati, ramai penganalisa politik
dunia beranggapan ia adalah satu tindakan balas (retaliation
measure) keatas kekejaman dan cengkaman dasar politik Washington.
Amerika Syarikat sememangnya sudah sin
Apa jua
lembaran alasan yang dihujahkan dalam Laporan Akhir Suruhanjaya 9-11
hanya mengesahkan satu fakta, iaitu tindakbalas tersebut menyakitkan
semua. Ia sudah tentu menyakitkan Washington kerana jutaan dolar
perlu dihabiskan untuk program pembinaan semula Ground Zero, dan
juga program anti-keganasan ala-Amerika. Ia juga menyakitkan dunia
Islam apabila momokan Islamophobia semakin menggila sehingga
dunia barat betah mencincang fahaman Islam, Al-Quran dan Nabi
Muhammad tanpa segan silu. Ia juga menyakitkan negara Islam seperti
Iraq dan Afghanistan yang dilabel “rumah Pengganas” sehingga
Kerajaan Baghdad tumpas dengan berakhirnya nyawa Saddam Hussein di
tali gantung, ehsan drama Mahkamah ciptaan Amerika. Ia juga
menyakitkan golongan pro-demokrasi dan pro-keamanan dipelusuk dunia
sehingga tercetusnya demonstrasi jalanan anti-Amerika dan anti-Bush
hatta di hadapan Rumah Putih sekalipun. Hakikatnya tiada siapa
beroleh manfaat. Yang ada hanyalah nyawa dan harta benda yang
melayang begitu sahaja. Jika dikira korban jiwa sepanjang kempen
keganasan Amerika pra dan pasca November 9, jumlahnya hampir
mencecah 620,000 orang (angka kematian dalam serangan WTC, perang di
Iraq dan Afghanistan - berdasarkan kajian oleh John Hopkins
Bloomberg School of Public Heatlh) iaitu satu jumlah yang amat
menggerunkan, dan terbesar sejak korban Krisis Rwanda dan Burundi
sekitar tahun-tahun 90-an. Jika kita singkap tirai sejarah pula, terdapat banyak lagi insiden-insiden yang meruntuhkan ketamadunan manusia hanya kerana manusia ingin bertindak balas dan membalas dendam. Dalam pertempuran antara Kerajaan Komunis China dengan pelajar pro-demokrasi, ternyata tindak balas Kerajaan terhadap tunjuk perasaan besar-besaran di Medan Tiananmen pada 4 Jun 1989 tidak menguntungkan sesiapa. Kerajaan China terus-terusan dikecam dan dikenakan sekatan embargo oleh kuasa besar seperti Amerika dan Kesatuan Eropah, manakala nyawa lebih daripada 7,000 pelajar melayang di hujung kelongsong meriam dan peluru Kerajaan China, hanya kerana tindakbalas terhadap protes aman. Begitu juga dengan kemelut yang berlaku dan masih berlaku di Tebing Barat yang menyaksikan tindakbalas demi tindakbalas yang tidak berkesudahan oleh Rejim Israel dan Kerajaan Palestin. Serangan udara Israel yang dibalas dengan serangan bom berani mati oleh militia Palestin seakan-akan tiada penghujungnya, dan ia jelas merugikan semua pihak. Kanak-kanak yang belum kenal erti dunia terpaksa dikafankan lebih dahulu daripada ibu bapanya dan wanita yang lemah diperkosa dihadapan suaminya. Bermula dengan pembunuhan kejam Rejim Israel di kem Shabra dan Shatila, semua genjatan senjata dan perjanjian damai ternyata gagal menyekat gejolak dendam yang sentiasa membara. Dan bahangnya juga terasa diseluruh dunia. Namun begitu, bukanlah penulis ingin mencadangkan bahawa tiada sebarang tindakbalas perlu diambil atas segala ketidakpuasan hati. Namun, penulis berpendapat bahawa ketidakpuasan hati boleh diselesaikan secara baik, aman dan damai tanpa perlu melapiaskan dendam kesumat yang tidak langsung memperbaiki keadaan. Mahu ataupun tidak, Malaysia juga bakal mengharung kesan serupa dengan Iraq, Afghanistan, China dan Palestin sekiranya Kerajaan atau politikus-politikus negara hanya mementingkan gejolak dendam mereka sesama sendiri. Tuduhan liwat keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilemparkan oleh bekas pembantu beliau Saiful Bukhari Azlan dilihat rata-ratanya sebagai satu konspirasi dan balas dendam golongan berkuasa keatas kemaharajalelaan Anwar dalam menguasai iklim politik Malaysia. Bermula seawal beliau dibebaskan daripada tahanan, beliau terus-terusan menyerang dan mendedahkan tuduhan korupsi di kalangan ahli politik kerajaan. Sehinggalah titik puncak pada 8 Mac 2008 yang menyaksikan Kerajaan Barisan Nasional retak dek penangan Pakatan Rakyat yang bukan sahaja berjaya menafikan majoriti 2/3 Parlimen, malahan menguasai 5 negeri di Semenanjung Malaysia. Teori konspirasi, sekiranya benar dan dapat dibuktikan, hanya akan mengesahkan dendam kesumat Kerajaan terhadap Anwar sejak dari zaman Tun Mahathir di anjung kuasa. Dan tindakbalas ini ternyata tidak pernah dan tidak akan menguntungkan sesiapa.
Ia tidak akan
menguntungkan Kerajaan kerana dalam suasana Kerajaan tidak popular
dihati masyarakat, dan hilangnya kepercayaan sesetengah pihak kepada
kepimpinan YAB Perdana Menteri, ia hanya menambah marah dan menyimba Lebih merisaukan ialah apabila Anwar juga mengambil pendekatan bertindakbalas (retaliate) kerana tindakbalas tersebut akan dilihat sebagai tindakbalas rakyat secara keseluruhannya. Komen-komen menghentam pemerintah kini sudah diadakan secara terbuka, sama ada melalui forum, artikel dan penulisan atau laman-laman blog persendirian. Tidak dapat dinafikan bahawa Anwar lebih bersedia kali ini dengan strategi yang sukar diduga dan tepat. Maka, tindakbalas ini akan merisaukan Kerajaan. Persoalannya, apakah Kerajaan akan mengambil tindakbalas terakhir untuk menamatkan cita-cita Anwar dan bagaimanakah caranya? Sekiranya pendekatan bertindak balas atau balas dendam diambil sekali lagi, nescaya sebagaimana yang telah kita saksikan dalam kes Iraq, Afghanistan, Republik Rakyat China dan Palestin, ia hanya akan merugikan semua. Dan ketika itu, barulah kita akan menyesali segalanya. Hentikanlah segala tindakan balas bertunjangkan kesumat dan dendam. Berjabatlah tangan untuk kemandirian sebuah negara bernama Malaysia. Jangan pula nanti anak-anak kita tersepit dan tergadai hanya kerana kesumat dan dendam dihati kita.
Dari samar jerebu Kampung Baru 8 Ogos 2008 YUSFARIZAL BIN YUSSOFF
|
||||||||||||
|
||||||||||||