|
|
||||||
|
NYEMAH MULYA
Itulah yang kita perhatikan sebulan dua ini. Ahli-ahli Yang Berhormat pada hari ini semakin sibuk menjalankan tugas berhujah dan bertelagah di Dewan Rakyat. Setiap hari, pastilah tertonjol wajah Pak Bung Mokhtar, Pak Shahrir, Pak Kit Siang, dan ramai lagi.
Rencam ragam mereka kadangkala membuat kita tergelak sambil
mengacau gulai yang mendidih di dapur. Kadangkala anak-anak
kita bertanya, mengapa ibu tertawa? Susah juga kita nak
menjawab.
Kalau tidak silap kita, di negara lain, ahli Parlimen boleh bertegang urat, tercampak segala kerusi dan meja, hanya kerana ingin menegakkan pelan ekonomi masing-masing demi kemaslahatan rakyat!
Di
negara kita (dan negara awak semua), itulah yang menjadi
pertikaian. Sopankah kalau memakai bow-tie? Tertibkah kalau
tidak bertali leher? Layakkah Pak Rais berbaju ringkas?
Tetapi tidak perlulah sehingga berhari-hari Yang Berhormat bertekak tentang itu. Buang masa saja! Kasihan rakyat negara kita, tatkala ada yang masih menggaul nasi dengan garam dan air kelat – Yang Berhormat kita pula sibuk memilih busana untuk ke Dewan Rakyat!
|
|||||||
|
|||||||