akademidebat.com produk

   

| utama | profil | produk | makalah | tinta emas | buletin | galeri | arkib | debat maya | alumni debat uiam |

 

 

MUAT TURUN

KERTAS KERJA DASAR

PENUBUHAN JAWATANKUASA PENAJA

Alumni Debat Malaysia

 

Alumni Debat Malaysia (“ADAM”)

 

Muqaddimah

Debat adalah satu seni yang hidup dan seni kehidupan. Debat andai diselami mampu merubah cara seseorang melihat sesuatu, atau dalam kata lain cara manusia mengolah dunia ke arah kehidupan yang lebih sempurna.

Di universiti-universiti Malaysia, pendebat dianggap istimewa, malah tidak keterlaluan jika pendebat diberi jolokan “intelek terbaik mahasiswa” lantaran daripada penguasaan ilmu dan juga seni debat. Rata-rata bekas pendebat di peringkat universiti berjaya dalam kerjaya yang diceburi sama ada sebagai seorang guru terlatih, peguam berkaliber, pegawai kerajaan yang berdedikasi, warga kerja politik yang berketerampilan mahupun usahawan yang memandang ke hadapan.  

Atas iltizam untuk melihat intelek terbaik ini kekal dalam satu landasan yang selari dengan kehendak pembangunan modal insan, maka idea penubuhan Alumni Debat Malaysia ini dicetuskan. Bukan sahaja sebagai platform untuk berkumpul dan menyingkap tabir sejarah, bahkan Alumni Debat Malaysia mampu berperanan untuk memberikan sokongan, dorongan dan bantuan secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembangunan debat di Malaysia. 

Idea semulia ini tidak harus hanya meniti di bibir dan terlakar diminda, tetapi harus direalitikan pada satah sebenar. Dengan harapan mendapat sokongan daripada yang berkaitan, Alumni Debat Malaysia harus dilahirkan, tanpa dolak dalih dan janji manis lagi.

 

Falsafah 

Menjadi sayap utama kepada MADUM bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti berkaitan debat yang bukan pertandingan, dan menjadi landasan kesatuan bekas-bekas pendebat universiti-universiti Malaysia 

 

Hadaf dan halatuju

 

1.                  Menjadi sayap utama kepada MADUM bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti berkaitan debat

 2.                  Menjadi landasan kesatuan bekas-bekas pendebat universiti-universiti Malaysia

3.                  Menumpukan gerak kerja pembangunan dan pemantapan kualiti pendebat masa kini

 4.                  Menumpukan gerak kerja pembangunan dan pemantapan kualiti kehakiman debat masa kini 

5.                  Memfokuskan kepada pembangunan dan pemantapan kualiti penganjuran debat masa kini. 

6.                  Menjadi badan check and balance kepada ketelusan MADUM 

7.                  Mengenalpasti ketirisan dalam arena debat 

8.                  Merangka dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan atau sosial dikalangan bekas-bekas pendebat universiti-universiti Malaysia 

9.                  Menubuhkan badan sistematik dikalangan bekas-bekas pendebat untuk menyokong usaha pembangunan dan pemantapan kualiti debat 

10.             Menyediakan landasan terpimpin kepada bekas-bekas pendebat untuk mencurahkan idea dan buah fikir kearah pembangunan dan pemantapan kualiti debat 

11.             Membuka ruang kepada bekas-bekas pendebat untuk memantapkan diri dari aspek penghakiman debat dan kejurulatihan debat 

12.             Berfungsi sebagai jambatan penghubung antara MADUM dan bekas-bekas pendebat 

13.             Membantu MADUM dari aspek kehakiman debat dengan menyediakan hakim-hakim terlatih dari kalangan bekas-bekas pendebat 

14.             Membina satu pengkalan data sistematik dan terpimpin tentang bekas-bekas pendebat 

15.             Membina arkib debat yang sistematik bagi menyimpan khazanah-khazanah dunia debat untuk kegunaan generasi mendatang 

16.             Menjadi jurubicara bagi MADUM kepada dunia luar sekaligus menjadi mata dan telinga MADUM 

17.             Berfungsi sebagai media bagi mewara-warakan aktiviti-aktiviti berkaitan debat 

18.             Membantu MADUM dalam mencari tajaan-tajaan untuk aktiviti-aktiviti debat

19.             Menaiktarafkan dunia debat ke satu peringkat yang lebih tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat 

20.             Membangunkan minda anak bangsa sekaligus memugar modal insan yang dicita-citakan.

  

Kumpulan Sasar 

Semua bekas pendebat-pendebat universiti awam mahupun universiti swasta yang pernah menyertai pertandingan debat antara universiti yang diiktiraf oleh MADUM. 

Sila lihat unjuran keahlian di LAMPIRAN A

  

Keahlian 

Adalah dicadangkan agar keahlian ADAM berdasarkan jemputan oleh Jawatankuasa ADAM. Setiap bekas pendebat yang memenuhi kriteria keahlian ADAM akan dijemput untuk menjadi ahli ADAM. Keahlian bukanlah secara automatik.

  

Kriteria Keahlian 

1.                  Pernah mewakili universiti ke mana-mana pertandingan debat antara IPT yang diiktiraf MADUM. 

2.                  Pernah berdebat dalam pertandingan yang disertai dan bukan sekadar pendebat simpanan 

Sila lihat contoh Borang Keahlian di Lampiran B

  

Yuran Keahlian 

Yuran yang dicadangkan adalah RM100-00 setahun. Ahli seumur hidup dikenakan yuran RM500-00 untuk seumur hidup.

  

Penaung 

Adalah dicadangkan bahawa penaung kepada ADAM ialah Profesor Tan Sri Dr. Kamal Bin Hassan (UIAM). Beliau merupakan penaung kepada Alumni Debat UIAM dan merupakan seorang tokoh akademik terkemuka yang mempunyai minat yang begitu mendalam terhadap debat. 

Sila lihat biodata lengkap beliau di LAMPIRAN C

  

Naungan Organisasi 

ADAM akan bernaung dibawah sekretariat MADUM. MADUM harus memberikan kelulusan untuk ADAM bernaung sebagai salah satu badan naungan MADUM. Pun begitu, perlu difahami bahawa ahli ADAM bukanlah secara automatik menjadi ahli MADUM kerana keahlian MADUM adalah berdasarkan beberapa kriteria yang spesifik, antara lainnya MADUM adalah terdiri daripada pegawai-pegawai universiti yang terlibat dalam mengendalikan pasukan debat atau persatuan debat di universiti masing-masing. Kelulusan yang diperlukan ADAM adalah hanya dari segi pengiktirafan MADUM tentang kewujudan ADAM sebagai badan naungan MADUM. 

 

Aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan 

1.                  Bengkel Intensif Penghakiman Debat – bengkel 2 hari untuk memberi latihan intensif kepada bakal-bakal hakim pertandingan debat supaya mereka menguasai teknik-teknik asas penghakiman debat. 

2.                  Debat Utama – satu program debat yang menampilkan tokoh-tokoh semasa bagi membincangkan isu terkini yang berkisar tentang senario tanah air mahupun pergolakan antarabangsa. Program tersebut secara tidak langsung dapat menjadi wahana pemantapan ilmu kepada pendebat-pendebat dan orang ramai. 

3.                  Bengkel Debat (Asas) – program latihan kepada pelapis-pelapis muda dalam dunia debat tentang asas dan teknik-teknik awal perdebatan. Bertujuan untuk menyediakan platform sama rata kepada bakal-bakal peneraju pasukan debat untuk universiti masing-masing 

4.                  Kemaskini maklumat ahli – mewujudkan satu sistem pengkalan data bagi menyimpan rekod-rekod ahli untuk kegunaan dimasa hadapan. 

5.                  Arkib Debat – mewujudkan satu pengkalan data bagi menyimpan segala khazanah dunia debat dalam format yang terpelihara sebagai rekod rasmi dunia debat. Pita-pita rakaman dan cakera padat perlawanan debat akan disimpan dalam satu pengkalan data berpusat yang boleh diakses dengan mudah oleh ahli. Gambar-gambar, maklumat-maklumat, koleksi tajuk debat, keputusan-keputusan pertandingan debat, juga akan turut di simpan. 

6.                  Laman Web – mewujudkan satu laman web rasmi ADAM sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat kepada ahli-ahli dan penyokong dunia debat. Juga berfungsi sebagai media penyiar untuk pertandingan-pertandingan debat disamping berfungsi sebagai platform wacana secara maya. Ahli juga boleh menyumbangkan tulisan ilmiah untuk manfaat semua. 

7.                  Penghakiman Debat – ADAM dari semasa ke semasa akan menghantar wakil dari kalangan bekas pendebat untuk membantu MADUM menghakimi pertandingan debat. Adalah sedia maklum bahawa dalam kebanyakan pertandingan debat, masalah ketidakcukupan hakim dan pertikaian tentang kredibiliti hakim sering kedengaran. Oleh itu, ADAM menawarkan hakim-hakim terlatih dan berpengalaman sebagai pendebat untuk memastikan mutu penghakiman yang tinggi. 

8.                  Kejohanan Debat Terbuka ADAM – satu pertandingan debat yang terbuka kepada bekas-bekas pendebat universiti-universiti Malaysia yang masih berminat untuk mengenang hari-hari indah sebagai seorang pendebat. Pertandingan juga boleh disertai oleh orang ramai yang berminat sekaligus menjadikan pertandingan ini sebagai satu cabang promosi seni debat kepada masyarakat.

 

Jawatankuasa Penaja (“JP”) 

Matlamat 

Untuk menubuhkan Alumni Debat Malaysia dan menjalankan kerja-kerja asas penubuhan sehingga pendaftaran Alumni Debat Malaysia dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia 

 

Rangka kerja dasar 

1.                  Menghantar surat pemberitahuan dan mengedarkan borang keahlian 

2.                  Mengumpulkan sebanyak mungkin data berkenaan dengan bekas pendebat  

3.                  Membentangkan cadangan penubuhan ADAM kepada MADUM untuk kelulusan dan sokongan

4.                  Merangka perlembagaan ADAM 

5.                  Menyiapkan dokumen untuk pendaftaran ADAM 

6.                  Mengutip dana yang mencukupi untuk pendaftaran dan pelancaran ADAM 

7.                  Membuat perjumpaan pra-pendaftaran ADAM bagi memberi gambaran sebenar tentang penubuhan ADAM

8.                  Menghantar jemputan kepada penaung

  

Kronologi Gerak Kerja 

Sila lihat LAMPIRAN D 

 

Prosedur Pendaftaran 

Sila lihat LAMPIRAN E 

 

Dokumen-dokumen yang diperlukan 

Sila lihat LAMPIRAN F

  

Cadangan Perlembagaan 

Sila lihat LAMPIRAN G

  

Cadangan organisasi Jawatankuasa Penaja 

Pengerusi                 :

Timb. Pengerusi      :  

Setiausaha               :

Pen. Setiausaha     :

 Bendahari                :

Pen. Bendahari       :  

Jawatankuasa       : 1.      

                                      2.

                                      3.

                                      4.

                                      5.

                                      6. 

Cadangan Belanjawan

 Sila lihat LAMPIRAN H

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN A

UNJURAN KEAHLIAN

 

Text Box: Anggaran bilangan peserta pertandingan debat 1995 – 2007
 
# Jumlah anggaran keseluruhan peserta ialah sebanyak 680 orang. Walaubagaimanapun, anggaran diatas mungkin berkurangan 30% memandangkan kebanyakan universiti menghantar peserta yang sama bagi beberapa pertandingan debat untuk beberapa tahun
NOTA: Anggaran juga dibuat berdasarkan satu pertandingan debat setahun

 

 

 

 

 

LAMPIRAN B

BORANG KEAHLIAN

  

LAMPIRAN C

PROFIL PENAUNG: PROFESOR TAN SRI DR. KAMAL BIN HASSAN  Current Rector

Dilahirkan pada tahun 1942 di Pasir Mas, Kelantan, beliau menamatkan pengajian rendah dan menengahnya di Sultan Ismail College di Kota Bharu. Beliau kemudiannya menyambung pengajian di Victoria Institution Kuala Lumpur selama 2 tahun (1961-1962) sebelum memasuki Universiti Malaya pada tahun 1963. Beliau memperolehi ijazah Bachelor of Arts (1st Class Honours) dalam pengajian Islam pada tahu 1966 daripada Universiti Malaya. 

Beliau kemudiannya memperolehi ijazah sarjana M.A (1970), M. Phil. (1973) dan Ph.D (1976) daripada Columbia University, New York. Sekembalinya daripada Columbia University, beliau telah berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia di Fakulti Pengajian Islam. 

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Profesor Madya dan seterusnya sebagai Profesor di fakulti yang sama. Beliau juga merupakan Ketua Jabatan Teologi dan Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Penyelaras Program Diploma Pengajian Islam dari 1978 hingga 1980. Bidang kecenderungan akademiknya ialah pemikiran Muslim kontemporari dengan rujukan khas kepada Asia Tenggara. 

Dalam tahun 1982, semasa Kerajaan Malaysia bersetuju untuk emnubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahu berikutnya, Prof. Kamal telah dijemput untuk membantu proses merangka projek tersebut. Beliau adalah instrumental dalam merangka falsafah, objektif, visi dan misi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau menyertai UIAM pada tahun 1980 sebagai Shaikh Kulliyyah of the Centre for Fundamental Knowledge dan kemudiannya menjadi dekan pertama Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian pada tahun 1989. Beliau kemudiannya dilantik ke jawatan Timbalan Rektor (Hal-Ehwal Akademik) pada tahun 1990 dan kekal dalam jawatan tersebut sehingga Januari 1997 sewaktu beliau dijemput ke Amerika Syarikat sebagai Profesor Pelawat Terhormat di Georgetown University, Washington D.C. 

Pada Januari 1997, Prof Kamal telah dilantik sebagai Profesor Pelawat dan menjadi yang pertama memegang jawatan Pengerusi Islam Malaysia di Asia Tenggara di Center for Muslim-Christian Understanding, Georgetown University, Washington D.C untuk tempoh selama 2 tahun. Dalam jangkamasa itu juga, beliau telah mengajar di peringkat ijazah di Sekolah Islam dan Sains Sosial di Leesburg, Virginia. Beliau kembali ke Malaysia pada 30 Disember 1998 selepas tamat tugasan beliau dan dilantik sebagai Pemangku Rektor UIAM pada 1 Januari 1999. Pada 5 Paril 1999, beliau dilantik secara rasmi sebagai Rektor Ketiga UIAM. 

Pada 3 Jun 2006, atas jasa dan sumbangan beliau yang tidak ternilai kepada pembangunan kefahaman Islam dan akademik, beliau telah dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (yang membawa gelaran Tan Sri) yang dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail. Profesor Tan Sri Dr. Kamal Hasan merupakan tokoh yang selayaknya untuk memimpin dunia akademik kearah yang lebih cemerlang. 

Antara penerbitan utama beliau adalah seperti berikut:-

1.                  Muslim Intellectual Responses to 'New Order' Modernization in Indonesia (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982) 

2.                  The Issues of Modernization and Its Impact on Indonesian Muslim Intellectuals: Nurcholish Masjid's Attempt at a Theology of Development (Indianapolis: AMSS, 1978) 

3.                  The Muslim Concept of `Ubudiyyah (Kuala Lumpur : Al-Rahmaniyyah, 1982) 

4.                  Pendidikan dan Pembangunan : Satu Perspektif Bersepadu (Education and Development : An Integrated Perspective ) (Kuala Lumpur : Nurin Enterprise, 1988) 

5.                  Moral and Ethical Issues in Human Resource Development : Old Problems and New Challenges (Kuala Lumpur : Institute Kajian Dasar, 1994) 

6.                  "Education and Family Life in Modernizing Malaysia" in Philip Stoddard et al (eds.), Change and the Muslim World (New York : Syracuse University Press, 1981) 

7.                  "The Implications of Science and Technology Education and Development on Islamic Values" in R.E. Vente et al (eds.), Cultural Heritage versus Technological Development (Singapore : Maruzen Asia, 1981) 

8.                  "Some Dimensions of Islamic Education in Southeast Asia" in Taufik Abdullah and Sharon Siddique (eds.), Islam and Society in Southeast Asia (Singapore : I.S.E.A.S., 1986) 

9.                  "The Response of Muslim Youth Organizations to Political Change in William Roff (ed.), Islam and the Political Economy of Meaning (Berkeley : University of California Press, 1987) 

10.             Towards A Common Civilization (Kuala Lumpur : IKIM, 1998) and

11.             Towards Actualizing Islamic Moral and Educational Values in Contemporary Malaysian Society : Some Critical Perspectives (Kuala Lumpur : ABIM, 1996).

Beliau juga telah menulis untuk Oxford Encyclopaedia of Modern Islam (1996).

Sebagai tambahan kepada tanggungjawab universiti, Prof Kamal juga telah terlibat secara aktif dalam program-program Insititut Kefahaman Islam Malaysia di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Beliau adalah ahli kepada Pertubuhan Saintis-Saintis Sosial Muslim dan menjadi ahli lembaga editorial Al-Tajdid, Intellectual Discourse dan American Journal of Islamic Social Sciences. Beliau sekarang merupakan Ketua Editor kepada siri “Religions in Malaysia” dalam projek Encyclopaedia Malaysia.

 

 

LAMPIRAN D

KRONOLOGI GERAK KERJA

 

Text Box: Pengumpulan Data
Data tentang bekas pendebat-pendebat akan diperolehi daripada fail MADUM dan/atau Universiti-Universiti melalui sekretariat MADUM. JP akan mendapatkan bantuan MADUM untuk memperolehi data-data tersebut.
Text Box: Perjumpaan dan Penerangan
JP akan mengadakan perjumpaan dengan semua bekas-bekas pendebat yang berminat untuk menerangkan tentang rangka kerja dan matlamat penubuhan ADAM. Pembentangan juga akan dilakukan kepada MADUM untuk mendapatkan kelulusan dan persetujuan
Text Box: Pendaftaran
JP akan menyerahkan dokumen-dokumen berkenaan untuk pendaftaran dengan Pendaftar Pertubuhan. JP akan membuat tindakan susulan untuk proses pendaftaran tersebut
Text Box: Pasca Pendaftaran
Sebaik sahaja ADAM didaftarkan, JP akan mengelolakan Mesyuarat Agung Pertama ADAM dan meletakkan jawatan bagi memberi peluang kepada organisasi ADAM dilantik.
Text Box: Pra-Pendaftaran
JP akan membuat persediaan dokumen-dokumen yang perlu untuk pendaftaran. Perbincangan tentang cadangan perlembagaan dan kerangka asas ADAM akan dilakukan oleh JP dengan mengambil kira pendangan bekas-bekas pendebat
Text Box: Penghantaran Jemputan dan Maklum Balas
Berdasarkan data-data yang diperolehi, JP akan menghantar surat kepada semua bekas-bekas pendebat untuk maklum balas, persetujuan atau cadangan

 

 

 

 

 

 

  

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

LAMPIRAN H

Belanjawan

 

 

Pendapatan

Jumlah (RM)

Perbelanjaan

Jumlah (RM)

Tajaan (self-sponsor)

2000-00

Urusan surat menyurat

1000-00

 

 

Letterhead

500-00

 

 

Yuran Pendaftaran kepada Pendaftar Pertubuhan

 

 

 

Seranta dan lain-lain

500-00

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JUMLAH

2000-00

 

 

 

 

 

 

 

Laman utama | Profil | Produk | Makalah | Tinta Emas | Buletin | Galeri | Arkib | Debat Maya | Alumni Debat UIAM | Hakcipta terpelihara © 2006 | Penafian