akademidebat.com Portal Debat Anda

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

YUSFARIZAL BIN YUSSOFF | 13 SOALAN EKSKLUSIF

  • Bilakah kali pertama anda melibatkan diri dalam arena debat? Debat konvensional - 1995, debat ala parlimen – 1998

  • Idola anda dalam seni pengucapan umum? Sukarno

  • Pengalaman paling pahit sepanjang penglibatan dalam arena debat? Menahan kumuh selepas ucapan substantif pendebat pertama

  • Tabiat yang tidak pernah ditinggalkan sebelum memulakan debat? Pergi ke tandas

  • Pengalaman paling manis sepanjang penglibatan dalam arena debat? Menerima hadiah pendebat terbaik pertandingan akhir Debat PNB 2002 daripada Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi

  • Gambarkan masyarakat Malaysia dengan tiga perkataan? Melayu, Cina, India

  • Buku yang sedang dibaca sekarang? The Dzahir karya Paul Coelho

  • Siapakah anda 20 tahun akan datang? Presiden Majlis Peguam Malaysia merangkap ahli Parlimen Nibong Tebal

  • Gambarkan kelebihan pendebat dengan satu/dua perkataan? Perasan

  • Debat ialah... Gelanggang persilatan idea, ketajaman akal adalah kerisnya, pemikiran kreatif adalah buah kilasnya!

  • Tiga karakter yang mesti dihindari oleh pendebat masa kini? Berpeluh semasa debat, mulut berbusa, ‘skema'

  • Pihak lawan (pasukan/individu) yang paling sukar ditewaskan dalam debat? Pasukan debat amatur mewakili Kulliyyah Ilmu Wahyu UIAM pada Debat Ekonomi 2000. Usulnya “Tindakan Kerajaan Adalah Benar”. Saya bertindak sebagai pembangkang. Pasukan kerajaan membawa hujah tindakan kerajaan menurap jalan dan membina sekolah adalah benar!

  • Pengerusi debat/Yang Dipertua Dewan yang paling digemari? Ustaz Abdul Manan Ismail dari Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)

 

 

 

 

Laman utama | Profil | Produk | Seputar Debat | Galeri | Tinta Emas | Debat Maya | Alumni Debat UIAM

PENAFIAN: akademidebat.com tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini | Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas | Resolusi 1024 x 768 piksel |

Hakcipta terpelihara © 2006