|
|
||||||
|
SANG KELEMBAI
"...Patik
bertekad mulai saat ini untuk terus membongkar, menyingkap dan
menyelongkar, kisah-kisah 3 golongan ini untuk pedoman manusia yang mahu
belajar. Sekiranya perlu, maka anugerah Tuhan yang paling hebat kepada
patik akan patik gunakan.
Akan patik sumpah golongan yang melampaui
batasan ini menjadi batu-batuan keras yang tidak lagi berperasaan."
KISAH WIRA MUDA DAN PANGLIMA TUA
"Ahhh! Berat benar mata memandang, merenung horizon
langit yang kian kelam, meratap mentari yang tenggelam,
ditelan paksi lautan dan cakerawala yang amat dalam. Kawanan
unggas-unggas liar yang berterbangan, menerjah ruang angkasa
yang tiada kesudahan, seolah-olah memanggil-manggil kembali
masa yang terus berlalu tanpa pesanan. Patik masih
bertenggek di atas pohon sena yang tersergam ini memikirkan
kemungkinan-kemungkinan yang menanti, apakah manusia MUNAFIK
durjana akan terus bermaharajalela tanpa disekat dan
dinafi?"
|
|||||||
|
|||||||