akademidebat.com

 

tintaemas

 

laman utama |

profil |

produk |

seputar debat |

galeri |

tinta emas |

debat maya |

alumni debat uiam |

 

 

 

Apa itu tinta emas? Tinta emas merupakan ruangan yang memuatkan penulisan empat watak maya yang diilhamkan daripada hikayat purba Melayu.

 

Keempat-empat individu ini mempunyai sejarah dan karakter yang tersendiri sekaligus mencorakkan teknik pemikiran dan gaya penulisan yang berbeza. Mereka wujud di akademidebat.com untuk mengupas hal-ehwal dunia debat mahupun isu-isu semasa yang berlaku di seantero dunia!


Pilihlah watak kegemaran anda (atau pilih semuanya) dan terokailah karya minda yang kritis dan kreatif!

 

WATAK MAYA

Hang Nadim

Wira kecil ini dahulunya seorang genius yang cuba menyelamatkan Temasik daripada serangan todak. Akibat pemimpin Temasik yang rakus lagi dungu menganggap pintarnya Hang Nadim sebagai ancaman; Hang Nadim dibinasakan begitu sahaja!

 

Kali ini Hang Nadim muncul semula, berbekalkan hikmah dan hujah, pastilah tidak ada lagi yang akan membuangnya kerana maya siber ini tiada batas; yang rakus dan dungu akan melongo dengan nukilnya! Klik di sini>>

 

Sang Kelembai

Dongeng Melayu purbakala mencoret karakter puaka Sang Kelembai berambut merah yang ditakuti manusia. walau hati murbanya meronta ingin hidup seperti manusia biasa; namun kegergasian tubuhnya dan sumpah mulutnya yang bisa menukar segala yang ditegur menjadi batuan tidak bernyawa jadi penghalang.

 

Maka tersisihlah dia ditelan malar belantara kesepian mencari pedoman. Namun apabila lipatan sejarah disingsing kembali, Sang Kelembai bakal menjengah semula menyergah dan menyumpah manusia munafik bertopeng malaikat tapi leweh dan legam hatinya! Klik di sini>>

 

Si Jebat

Tidak perlu diperkenalkan lagi. Tatkala Hang Tuah setia buta, Jebatlah buta setia. Baginya adil dan benar itu paksi seisi bumi yang diwarisi. Jangan ada yang menghalang, kelak nyawa melayang tanpa galang.

 

Di alam siber ini; walau Jebat sudah tidak bergelar Hang, tintanya tajam persis Taming Sari, menerobos isu terkini dengan kritik pedas tanpa basa basi! Dalam dunia yang penuh opresi, pastilah luka Jebat berdarah kembali! Klik di sini>>

 

Nyemah Mulya

Tidak diketahui sahih dalihnya kewujudan Nyemah Mulya. Dari lembar sejarah yang dianuti kita, Portugislah yang beroleh jaya dan Melaka tunduk tanpa maya. Namun dari sisi cermin sejarah yang mungkin dihitamkan, srikandi inilah yang menumpaskan Albuquerque dan membawa umat Melayu sehingga ke Portugal!

 

Tampil Nyemah Mulya di alam siber, bagi menyuluh yang benar, membunuh yang mungkar! Moga kita tidak sesat dalam adat penuh muslihat, tidak pula terlalu pesat menghambat kiblat Barat! Klik di sini>>

 

Laman utama | Profil | Produk | Seputar Debat | Galeri | Tinta Emas | Debat Maya | Alumni Debat UIAM

6-3-1, Jalan 4/50, Blok D, Diamond Square, Off Jalan Gombak, 53300 Kuala Lumpur. Tel: 03 4022 1772, Faks: 03 4023 1772, SMS: 017 315 5997

Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas | Resolusi 1024 x 768 piksel | Hakcipta terpelihara © 2006

Penafian